Tuesday, 3 June 2014

Karate, Mix Martial Arts & Karate Chap Ayam

 


Tulisan kali ini bertujuan untuk menghasut, brainwash dan reprogram anda menjadi ahli tempur yang lebih baik dan lebih bertanggung jawab. Jom kita mulakan!

Sejak mendiang Lee Jun Fan A.K.A Bruce Lee memperkenalkan seni MMA dalam filem2 arahan/lakonan serta buku2 tulisannya, MMA telah berkembang pesat sehingga hari ini. Mendiang Lee berjaya membuka minda ramai pihak bertumpu ke arah ini. MMA bukanla pekara baru. Karate telah lama buat benda ini jauh sebelum Bruce Lee lahir lagi tapi bukanlah dari sudut seperti MMA yang kita ketahui hari ini. Di bawah disajikan serba sedikit ringkasan perkembangan karate.

 

Era Pengumpulan Data, Penyusunan Silibus & Pengasas


Dari Shuri Te, Naha Te, & Tomari Te, di Okinawa.

Karate sendiri adalah seni yg dicampur seperti MMA dari beberapa jenis kungfu cthnya: White Crane Kungfu sebelah selatan China (Quan Fa). Pengasas Karate dari Okinawa berulang-alik ke China bagi mendapatkan "jurus" sebelum diolah semula menjadi simplified "Kata". Mereka berlatih Kata sahaja tanpa ada kumite atau apa2 pertandingan. Seni ini telah digabungkan dan dinamakan Tode oleh penggiat karate Okinawa. Bila Gichin Funakoshi melawat tanah besar Jepun, dia menukar nama seni menjadi Karate dan membuat beberapa perubahan dalam Kata untuk memudahkan pembelajaran. Dia turut melarang kumite diadakan dalam apa2 bentuk lebih2 lagi dalam pertandingan TAPI tiada siapa pun mengendahkannya termasuk Japan Karate Association yang mahu menjadikan Karate sebagai sukan popular.

 

Era Cabaran


Karate masuk pula era 'Doujo Yaburi' iaitu cabaran antara dojo. Zaman ini melahirkan mazhab2 Karate seperti Hayashi-Ha, Kyokushinkai, Kusano-Ha, Kuniba-Ha & banyak lagi. Cabarannya mudah sahaja: Jika mahu mencabar mana2 guru, pencabar harus mencabar dari bawah yang paling muda dalam dojo, menang setiap perlawanan sehingga bertemu guru utamanya. Jika gagal, dia tidak akan ke mana2 dan akan menuntut ilmu daripada guru tersebut. Jika menang, tidak ada gunanya untuk berguru dengan orang yang 'looser' dan murid2 dari dojo itu bebas untuk memilih aliran lain. Ya, papan tanda dojo yang kalah boleh ditanggalkan dan diambil oleh si pencabar. Seperti yang diamalkan oleh Wali Pedang Jepun, Miyamoto Musashi.

Masutatsu (Mas) Oyama menumbuk Makiwara

Era Pengembangan ke Barat


Ramai mat saleh yg mempelajari seni ini ketika ketumbukan utama tentera Amerika berpengkalan di Okinawa akibat kekalahan Jepun dalam perang dunia ke 2. Ilmu tangan kosong ini dibawa pulang dan menarik minat orang2 di USA. Mereka memanggil guru2 dari Jepun ke USA untuk mengajar. Di sini kita dapat lihat org2 seperti Kanazawa rajin turun ke sana  dan mat2 saleh pula ada yang sampai berhijrah & 'mengerjakan haji' ke Jepun.

Era Karate Chap-Ayam & American Ninja



Jim Carrey dalam jenaka Karate



Karate telah dilupakan sama sekali. Apa yang diajar adalah tumbukan deras yg berjaya 'menewaskan' angin & debu. Semangat Kata telah luntur apabila Kata hanya dihafal sebagai perkara wajib dalam grading untuk naik belt sahaja. Setelah itu, Kata tidak berguna satu sen pun.

Ada juga yang menggunakan Kata mendapatkan kemahsyuran dalam pertandingan. Bunkai (huraian teknik) Kata boleh dikatakan menjadi sangat susah untuk didapati dari 'Sensei' kerana dia pon hanya belajar tumbuk angin sahaja dan tidak didedahkan perkara itu dengan teliti. Apabila ditanya, jawabnya mudah "Kamu belajar buat kata mantap dahulu baru kita ajar". Kemudian dia wat dek selama bertahun2 sehingga pelatih menjadi bosan.

Peluang ini telah digunakan sebaiknya oleh banyak Mc'Dojo untuk buat duit. Mc'Dojo telah banyak tertubuh di Amerika macam cendawan. Penyakitnya dah lama menular ke Malaysia. Mengajar 'benda lain' atas nama Karate. Sekejap ajar menumbuk, sekejap mengajar senjata, sekejap mengajar Jujitsu. Tapi semuanya belajar tak habis & 'ikut musim'.

Katanya mengajar MMA! Hakikatnya mereka hanya meniru2 pergerakan Judo, Jujitsu dan lain2 tanpa berguru kepada perguruan tersebut tetapi BERANI mengajar orang lain tanpa mendapat pengiktirafan dalam perguruan tersebut. Meluat tengok mereka2 ni. Mangsanya siapa? Kalau bukan menyasarkan anda yang masih hijau, siapa lagi? Tiada guru yg akan berguru dgn orang2 seperti ini kerana mereka dapat lihat 'cara' pergerakan mereka yang sungguh...chap ayam & American Ninja yang bersepah2 je, janji nampak hero.



Hero kah mamat chap ayam ni?


Jangan nak salahkan banyak laporan dari blog2 tentang kemunduran Karate dalam bidang tempur praktikal. Padan muka kita! Kita hanya hebat di gelanggang sendiri dengan pungutan mata mengikut kiraan World Karate Federation (WKF). Laporan tersebut banyak mengatakan Karate tidak praktikal dan terlalu keras seperti robot. Apabila dilihat pertempuran karate melawan seni lain dalam Youtube, ianya tak ubah seperti koboi yang terkena cactus.

Inilah akibatnya bila Karate disukankan, Kata digradingkan & Bunkai dihanyutkan. Kata-Bunkai telah menjadi fosil dinosaurs! Zaman sekarang jika ada sesiapa yang terjumpa Karateka yang memahami Bunkai dengan baik boleh dikatakan sama seperti menjumpai T-Rex yang berbaju kimono. Silakan terasa.

Kesimpulan

 

Mencari pengetahuan lebih2 lagi seni mempertahankan diri sangat disarankan namun kita perlu mengkaji terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk menyertai apa2 beladiri. Kajian itu bukanlah bermaksud membeza2kan yang mana lebih power atau tidak. Tetapi mencari guru yang komited & mempunyai pengiktirafan mengajar. Bagi yang dah berada dalam arena ini, tugas kita untuk meniup semula semangat Karate sebenar. Pelajari Kata dengan sepenuhnya tanpa meninggalkan mana2 aplikasi Bunkai dan dalam maksud untuk terus menggunakannya dalam kombat. Teruskan rantaian tradisi ini kepada anak2 murid.

Kata yang mantap perlu diiringi kefahaman dan 'roh' Karate. Karate bermula dengan pencampuran seni beladiri dan ianya akan terus berkembang sebegitu. Tidaklah salah mempraktikkan teknik dalam seni tempur lain sekiranya kita telah menyertai perguruan tersebut. Tetapi terangkanlah asal usul teknik itu sekiranya kita memutuskan untuk mengajarkannya kepada murid2 kita. Berilah kredit kepada perguruan asal. Ini yang lebih baik kerana tidak mencemarkan mana2 seni termasuk Karate. Ini jalan yang lurus.


Image Credit: Google (To their respective owner)