Monday, 25 November 2013

Yamaha YZF-R25 2014 Inspirasi Daripada MotoGP

Baru-baru ini Yamaha telah melancarkan beberapa prototaip konsep jentera terbaru mereka di Pameran Tokyo Motorshow, Jepun. Apa yang menarik dalam pameran ini ialah kemunculan sebuah jentera konsep yang berkuasa 250cc yang dikenali sebagai YZF-R25. Jentera terbaru dari Yamaha telah menjadi topik perbualan hangat peminat motorsikal tempatan dan antarabangsa.

Akhirnya, Yamaha telah menyertai 'perang' 250cc yang sebelum ini dimonopoli oleh seteru senegara iaitu Kawasaki, Suzuki dan Honda!


Pandangan sisi YZF-R25 Versi Perlumbaan

YZF-R25 versi perlumbaan yang dipamerkan dalam Tokyo Motorshow
"Sentiasa Di Depan"

Rekabentuk yang lebih garang dengan ram udara yang lebih besar.

Ekzos Akrapovic melengkapkan DNA perlumbaan jentera ini

Terlalu seksi untuk menjadi motorsikal Entry level atau beginners.
 
Perlu diingat, Kawasaki telah meledakkan bom mereka sebelum ini dengan kejutan peningkatan sebanyak 50cc kepada jentera Ninja mereka menjadi 300cc bagi mencantas habis peluang persaingan dalam pasaran beberapa negara Eropah dan Amerika.

Seperti ketiga-tiga seteru di atas, Yamaha juga memilih konfigurasi enjin berkembar selari 249cm (parallel twin engine), suntikan bahan api dengan transmisi 6 kelajuan. Walau bagaimanapun, pihak Yamaha belum lagi mendedahkan sepenuhnya spesifikasi lain buat ketika ini. Rupa & bentuk YZF-R25 sangat mirip kepada jentera YZR-M1 yang digunakan oleh Valentino Rossi dalam MotoGP sudah cukup untuk menarik peminat motorsikal kategori entri atau beginner.
 
Yamaha sudah buat kerja rumah mereka! Syarikat pengeluar ini berjaya menghasilkan satu lagi rekaan yang boleh menggugat pasaran dan mampu meneruskan perjuangan peringkat entri menentang Kawasaki Ninja 300, Honda CBR300R mahupun KTM RC390 dari segi gaya dan prestasi.

Sesetengah khabar angin mengatakan bahawa Yamaha akan memulakan pemasangan jentera ini seawal pertengahan tahun 2014. Kebiasaannya, jentera konsep yang terlibat dalam pameran motorshow hanya akan tinggal dalam pameran sahaja dan tidak dipasarkan. Namun, kita boleh menilai tahap keseriusan Yamaha apabila jentera enjin berkembar selari 249cc ini terus dikaitkan dengan Rossi tanpa berselindung lagi.
Valentino Rossi bersama jentera prototype YZF-R25

Dari sumber Yamaha:

"YZF-R25 telah direka untuk menjadi superbike yang anda dapat tunggang setiap hari dan enjin dua silinder yang yang baru dibangunkan 249cm menawarkan banyak kuasa. YZF-R25 adalah mesin membelok yang serius terutamanya dalam perlumbaan dan boleh diguna seharian seperti berulang-alik setiap hari."

Perhatikan YZF-R25 Versi Produksi - Standard

Kita berharap konsep segar yang diketengahkan oleh Yamaha pada kali ini dapat direalisasi dan dipasar untuk 'memanaskan' lagi suasana jalan raya Malaysia!

Wednesday, 6 November 2013

Masih tercari-cari seni beladiri yang sesuai buat anda di kawasan Kuala Terengganu?

Salam sejahtera.

Sama ada anda tergolong dalam generasi Baby Boom, generasi X atau generasi Y, keterampilan merupakan satu titik persamaan yang dikongsi oleh ketiga-tiga generasi ini. Semua orang menginginkan keterampilan yang menarik agar dapat merebut perhatian umum dan pada masa yang sama, menjadi seseorang yang kelihatan penting dalam masyarakat.

Bagaimanakah caranya untuk berketerampilan positif - kelihatan aktif, yakin, & dalam masa yang sama.. BERANI? Bolehkah sikap ini dikekalkan walaupun di saat kecemasan?

Keberanian adalah sesuatu yang dimiliki dengan latihan yang berterusan. Keberanian tidak datang secara automatik sejak lahir atau diwarisi daripada keluarga yang mungkin sebahagian besar anggota keluarga itu mempunyai sifat yang dimaksudkan. Dengan latihan yang wajar dan pengalaman praktikal yang dilalui, rohani/semangat yang dicari boleh dipupuk menjadi matang dalam masa tertentu mengikut tingkah laku individu dan corak pendidikan yang diterimanya.

Bagaimanakah pula caranya untuk mengharapkan anggota fizikal kita bukan sahaja sekadar mengeluarkan hormon adrenalin dalam menempuh detik-detik sukar (seperti diwaktu kecemasan) bahkan dapat menjelmakan keberanian yang sangat-sangat diperlukan, on-the-spot??

Andaikan sekiranya kita terpaksa menempuh detik-detik bahaya seperti terjerumus dalam pergaduhan. Relakah kita menjadi mangsa sesuatu insiden tanpa ada persiapan bagi menghadapinya hatta melepaskan diri? Bukankah kita dituntut untuk mempertahankan diri dalam semua kepercayaan agama?

Bagaimanakah pula cara kita bertindak dengan menggunakan kelebihan keberanian dengan cara yang betul dan sistematik?

Kajilah seni mempertahankan diri yang dirumus khas oleh generasi lalu buat bekalan generasi sekarang. Ia mampu menjana perisai diri dalam memupuk semangat dalaman, bekalan teknik-teknik kombat, penjagaan kesihatan dan banyak lagi faedah lain yang sangat menguntungkan anda. Sememangya anda akan mengucapkan rasa syukur sekiranya terlatih dalam ilmu seni beladiri sewaktu bahaya datang, dikala anda memerlukannya - lebih-lebih lagi penentuan soal hidup atau mati.

Bagi anda yang tinggal di kawasan berhampiran Kuala Terengganu, kami boleh dihubungi seperti yang diiklankan di sini. Anda dijemput untuk mencubanya sendiri. Latihan pertama adalah percuma! Kami turut menyediakan latihan Free-Style bagi mereka yang berminat.

Karate Do Shotoshinkai Malaysia.