Wednesday, 6 November 2013

Masih tercari-cari seni beladiri yang sesuai buat anda di kawasan Kuala Terengganu?

Salam sejahtera.

Sama ada anda tergolong dalam generasi Baby Boom, generasi X atau generasi Y, keterampilan merupakan satu titik persamaan yang dikongsi oleh ketiga-tiga generasi ini. Semua orang menginginkan keterampilan yang menarik agar dapat merebut perhatian umum dan pada masa yang sama, menjadi seseorang yang kelihatan penting dalam masyarakat.

Bagaimanakah caranya untuk berketerampilan positif - kelihatan aktif, yakin, & dalam masa yang sama.. BERANI? Bolehkah sikap ini dikekalkan walaupun di saat kecemasan?

Keberanian adalah sesuatu yang dimiliki dengan latihan yang berterusan. Keberanian tidak datang secara automatik sejak lahir atau diwarisi daripada keluarga yang mungkin sebahagian besar anggota keluarga itu mempunyai sifat yang dimaksudkan. Dengan latihan yang wajar dan pengalaman praktikal yang dilalui, rohani/semangat yang dicari boleh dipupuk menjadi matang dalam masa tertentu mengikut tingkah laku individu dan corak pendidikan yang diterimanya.

Bagaimanakah pula caranya untuk mengharapkan anggota fizikal kita bukan sahaja sekadar mengeluarkan hormon adrenalin dalam menempuh detik-detik sukar (seperti diwaktu kecemasan) bahkan dapat menjelmakan keberanian yang sangat-sangat diperlukan, on-the-spot??

Andaikan sekiranya kita terpaksa menempuh detik-detik bahaya seperti terjerumus dalam pergaduhan. Relakah kita menjadi mangsa sesuatu insiden tanpa ada persiapan bagi menghadapinya hatta melepaskan diri? Bukankah kita dituntut untuk mempertahankan diri dalam semua kepercayaan agama?

Bagaimanakah pula cara kita bertindak dengan menggunakan kelebihan keberanian dengan cara yang betul dan sistematik?

Kajilah seni mempertahankan diri yang dirumus khas oleh generasi lalu buat bekalan generasi sekarang. Ia mampu menjana perisai diri dalam memupuk semangat dalaman, bekalan teknik-teknik kombat, penjagaan kesihatan dan banyak lagi faedah lain yang sangat menguntungkan anda. Sememangya anda akan mengucapkan rasa syukur sekiranya terlatih dalam ilmu seni beladiri sewaktu bahaya datang, dikala anda memerlukannya - lebih-lebih lagi penentuan soal hidup atau mati.

Bagi anda yang tinggal di kawasan berhampiran Kuala Terengganu, kami boleh dihubungi seperti yang diiklankan di sini. Anda dijemput untuk mencubanya sendiri. Latihan pertama adalah percuma! Kami turut menyediakan latihan Free-Style bagi mereka yang berminat.

Karate Do Shotoshinkai Malaysia.



No comments:

Post a Comment