Sunday 31 March 2013

How to get the Media Planning Guide Directory Book: Malaysia?


One of my collection
Image Credit: Google Images

To my Advertising / Media Planning students:

These are some of the title that you might need for Media Planning class. You may look for it in the local bookstores (mostly found in MPH).

1. Press & PR Guide 2007
2. Malaysia Press & PR Guide '09
3. Media Guide 2005: Malaysia Media and Advertising Guide Book
4. Media Planning Guide 2007 (Malaysia)
5. Malaysia Press & PR Guide '08
6. Media Planning Guide Malaysia 2008

Or try to google up a bit under these keywords:
(Malaysia) Media and Advertising Guide Book
Advertising & Marketing
Media Directory
Media Guide
Media Planning

The latest edition is better.

[NOTICE: NOT COMPULSORY TO HAVE but its a great life saver]
Cheers!

My Respond To The Writing In some Islamic "Journal" Part 02


Full text from Cik Yana Kalam Insani

Nabi Yang Membawa Syari'at

  • May. 1st, 2011 at 5:34 PM
26 JAMADILAWAL 1432


Syari'at adalah undang-undang atau hukum ALLAH yang wajib disebarkan kepada umat. Para Nabi yang diberi tugas menyebarkan syari'at diberi darjat Rasul. Tetapi tidak semua Rasul yang membawa syari'at itu menerima kitab suci. Syari'at Rasul yang terdahulu akan lumput apabila diutus seorang Rasul yang baru dengan syari'at yang baru juga. Kecuali syari'at Nabi Muhammad saw. yang kekal hingga ke hari kiamat  kerana tiada lagi Nabi diutus selepas baginda.

Rasul yang membawa syari'at ada 6 orang:-

1) Nabi Adam as.

Nabi Adam as. adalah manusia pertama yang dicipta ALLAH. Sebelum Nabi Adam diturunkan ke muka bumi ini, tiada satu pun undang-undang atau hukum di atas muka bumi kerana belum ada manusia. Nabi Adam as tidak menerima kitab sebagai panduan. Tetapi segala hukum yang dilaksanakan beliau adalah dengan wahyu ALLAH semata-mata. Syari'at yang dibawa oleh Nabi Adam as. hanyalah sesuai bagi kaumnya ketika itu. Ia sudah tidak boleh digunakan lagi pada hari ini.

Syariat Nabi Adam as.
  • Dibolehkan bernikah antara adik beradik lelaki dengan adik beradik perempuan. Pada zaman itu belum ada manusia lain yang dicipta. Maka Siti Hawa sentiasa melahir anak-anak kembar lelaki dan perempuan sepasang. Maka kembar lelaki sulung dikahwinkan dengan dengan kembar perempuan yang lahir kemudian. Tidak dibolehkan kembar lelaki berkahwing dengan kembar perempunnya sendiri.
  • Semua manusia dan para Nabi yang lahir selepas Nabi Adam as. wajib mengikut syari'at Nabi Adam ini sehinggalah diutus seorang Rasul baru yang membawa syari'at yang baru juga. Dengan itu syari'at Nabi Adam as. lumput dan mansuh dan tidak digunakan lagi.
2 Nabi Nuh as

Rasul yang kedua diutus membawa syari'at selepas Nabi Adam as. adalah Nabi Nuh as. Beliau adalah bapa kedua umat manusia. Nabi Nuh as. diutus untuk menyebar syari'at yang baru maka dengan itu mansuhlah syari'at Nabi Adam as. Semua manusia diwajibkan mengikuti syari'at Nabi Nuh as. sehinggalah datang seorang Rasul yang baru dengan syari'at yang baru pula.

3 Nabi Ibrahim as

Nabi Ibrahim as. adalah seorang Rasul yang syari'atnya menjadi asas kepada Nabi-Nabi selepas beliau termasuklah Nabi Muhammad saw. Syari'at Nabi Ibrahim as.termasuklah ibadah Haji yang menjadi rukun Islam yang kelima. Walau pun begitu, Nabi Ibrahim as berserta Nabi Adam as dan Nabi Nuh as tidak menerima kitab suci sebagai sandaran syari'at yang dibawa. Dari keturunan Nabi Ibrabim as. inilah lahirnya Rasul-Rasul yang membawa syari'at seterusnya.

4) Nabi Musa as.

Nabi Musa as. adalah Rasul yang diutus untuk menyelamatkan kaum Bani Israel dari kekejaman Firaun. Nabi Musa as. diberi kitab suci yang bernama Kitab Taurat. Syari'at Nabi Musa as. dikenali sebagai 10 Hukum. Kaum Nabi Musa as. dikehendaki membunuh diri mereka sendiri sebagai tanda bertaubat dari dosa mereka.

Syari'at Nabi Musa as. juga membolehkan lelaki berkahwin dengan seberapa ramai wanita yang disukai. Ini kerana pada zaman itu wanita lebih ramai dari lelaki kerana anak-anak lelaki kaum Bani Isreal telah dibunuh oleh Fir'un.

5) Nabi Isa as.

Selepas Nabi Musa as. diutus pula Nabi Isa as. sebagai Rasul seterusnya untuk menyebarkan syari'at dari ALLAH swt. Seperti Nabi Musa as. Nabi Isa as. juga menerima sebuah kitab suci yang dikenali sebagai Kitab Injil. Syari'at Nabi Isa as. mengandungi 10 perjanjian baru yang memansuhkan 10 Hukum syari'at Nabi Musa as.

Syari'at Nabi Isa as. tidak membenarkan lelaki beristeri lebih dari satu kerana pada zaman itu wanita sangat sedikit berbanding dengan lelaki.

6) Nabi Muhammad saw.

Nabi Muhammad saw. adalah Nabi dan Rasul terakhir diutus untuk manusia dan keseluruh alam ini. Tiada lagi Nabi dan Rasul selepas baginda. Maka syari'at Nabi Muhammad saw. akan kekal sehingga kiamat.

Nabi Muhammad saw. diberi sebuah kitab suci yang bernama al-Quran. Syari'at yang terkandung di dalam kitab suci ini tidak akan berubah sehingga hari kiamat. Itu adalah janji ALLAH swt. Ianya sesuai untuk semua masa, waktu dan zaman. Semua hukum adalah tetap dan kekal. Walaupun begitu umat Nabi Muhammad saw. tetap diberi kelonggaran bagi melaksanakan hukum ALLAH swt dalam keadaan tertentu.

Syari'at Nabi Muhammad membolehkan lelaki beristeri tidak lebih dari 4 namun lebih digalakkan beristeri satu sahaja kerana susah berlaku adik yang menjadi syarat yang ketat dan susah dilaksanakan.


KINDLY READ. THIS IS MY RESPOND TO HER


Salam. Saya sekali lagi terpanggil untuk membuat respon ini. Teks berikut mungkin boleh menjadi panduan kepada diri saya sendiri dan kepada mereka yang berusaha untuk mendalami perihal anbiya secara textual research dari sumber al quran. Saya memohon agar pembaca berfikiran terbuka kepada respon ini kerana ianya tidak bertujuan mencari kesalahan di dalam tulisan Cik Yana. Akan tetapi, ianya lebih kepada cadangan dan pembetulan beberapa isi yang diutarakan bagi mengelakkan kekeliruan. Terima kasih atas pembacaan anda.

1. "Para Nabi yang diberi tugas menyebarkan syari'at diberi darjat Rasul."

Dalam teks beliau sebelum ini (sila rujuk tulisan Cik Yana bertajuk "Nabi yang diberi kitab") Cik Yana mengatakan secara eksplisit:

"Tidak semua kitab yang diturunkan kepada para Nabi mengandungi syari'at atau undang-undang. Dan tidak semua Nabi yang diberi kitab akan menjadi Rasul iaitu menyebarkan syari'at."

Sangat kontradiksi! Beliau tidak konsisten dalam isi yang mungkin mengelirukan sesetengah pembaca apatah lagi pembaca yang mungkin tidak mendalami sejarah anbiya. Soalan saya: Nabi yang diberi kitab itu rasul atau tidak? Kerana fakta beliau telah terpusing dalam tulisan berbeza. Kini beliau mengatakan Nabi yang menyebarkan syariat adalah rasul padahal sebelumnya dia tidak mengakuinya. 

(sila rujuk respon saya ke atas topik ini sebelum ini) 

2. Syariat Nabi Adam as. 

"Syari'at yang dibawa oleh Nabi Adam as. hanyalah sesuai bagi kaumnya ketika itu."
"Ia sudah tidak boleh digunakan lagi pada hari ini."

Dari satu segi, saya bersetuju dengan keterangan Cik Yana & ingin menambah bahawa Syariat Nabi Allah Adam bukan sahaja berkenaan bab perkahwinan sahaja dan bukan semua syariat fundamental (asas hukum & taqwa) baginda terluput! Wahyu yang diterima baginda merupakan pendidikan dari Allah secara terus tentang tatacara hidup di muka bumi semenjak dari syurga lagi. Allah menceritakan di dalam alquran:

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya: Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa mensucikan-Mu? Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: Terangkanlah kepada-Ku nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar. Malaikat itu menjawab: Maha Suci Engkau Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (al baqarah 30-32)

Setelah Nabi Adam dan Hawa diturunkan ke bumi, Allah meneruskan pendidikan kepada hambaNya dalam bentuk wahyu dan memberikan beberapa suhuf (skrol/gulungan) bagi mengajari manusia terawal untuk beribadat kepada Allah. Ibadah Qurban DIPERINTAHKAN Allah kepada keluarga Nabi Adam untuk menyucikan jiwa & mewujudkan rasa bersyukur. Ia terus menjadi ritual yang kita warisi sejak itu (ibadah yang tidak luput dan masih relevan sehingga kini tidak seperti andaian Cik Yana) dan diceritakan di dalam surah al maidah:

"Dan bacakanlah kepada mereka kisah dua orang anak Adam dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban. Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Haabiil), dan tidak diterima dari yang lain (Qaabiil). Berkata (Qaabiil): Sesungguhnya aku akan membunuhmu! Haabiil menjawab: Hanyasanya Allah menerima korban dari orang yang bertakwa." (al maidah:27)

Bagaimana Habil boleh mengetahui bahawa konsep membunuh jiwa adalah satu dosa, & balasannya adalah neraka, lalu menemplak abangnya Qabil sekiranya perkara ini tidak diterangkan di dalam syariat Adam??"Demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang Mentadbirkan sekalian alam.

Sesungguhnya aku mahu supaya engkau kembali dengan (membawa) dosaku dan dosamu sendiri. Maka dengan itu menjadilah engkau dari ahli neraka, dan itulah dia balasan orang yang zalim. (al maidah:28-29)

Dalil syariat Adam terluput dan tidak digunakan lagi setelah kedatangan rasul yang baru dijawab oleh Allah sendiri dalam ayat seterusnya dengan mulut Nabi Musa di gurun sinai kepada Bani Israel selepas beribu-ribu tahun kewafatan Nabi Adam:

"Dengan sebab yang demikian itu Kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan, atau melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga kehidupan manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga kehidupan manusia semuanya. Dan sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul Kami dengan membawa keterangan yang nyata; kemudian sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, menjadi orang yang melampaui batas di muka bumi. (al maidah:32)

Syariat yang sama wajib dipikul oleh Bani Israel dengan perantaraan Nabi-nabi secara terus-menerus (tidak terluput) sampai ke zaman Saidina Muhammad dan masih relevan!

3. Berkenaan Nabi Nuh

"Nabi Nuh as Rasul yang kedua diutus membawa syari'at selepas Nabi Adam as. adalah Nabi Nuh as. Beliau adalah bapa kedua umat manusia. Nabi Nuh as. diutus untuk menyebar syari'at yang baru maka dengan itu mansuhlah syari'at Nabi Adam as. Semua manusia diwajibkan mengikuti syari'at Nabi Nuh as. sehinggalah datang seorang Rasul yang baru dengan syari'at yang baru pula."

Bukan semua syariat dimansuhkan. Perkataan yang sesuai adalah syariat Adam yang diperbaharui atau dipertingkatkan. Sila rujuk keterangan saya sebelum ini.

4. Berkenaan Nabi Ibrahim

"Nabi Ibrahim as. adalah seorang Rasul yang syari'atnya menjadi asas kepada Nabi-Nabi selepas beliau~"

Benar, Nabi Ibrahim meneruskan proses mentauhidkan manusia dan baginda juga menerima suhuf untuk tujuan itu. Sila rujuk ayat terakhir surah (al a'la:19). Baginda diperintahkan membuat kurban dan ianya menjadi warisan serta perayaan (Eid ul adha) bagi kita ummat Muhammad. Di sini Cik Yana sendiri yang mengakui syariat Ibrahim menjadi asas kepada nabi lain dan tidak terluput.

5. Berkenaan Nabi Musa

"Ini kerana pada zaman itu wanita lebih ramai dari lelaki kerana anak-anak lelaki kaum Bani Isreal telah dibunuh oleh Fir'un."

Baginda sangat terkenal di kalangan orang Yahudi, Kristian dan Islam dalam menekankan syariat. Taurat dipanggil Torah תּוֹרָה dalam bahasa Yahudi yang bermaksud pengajaran yang mengandungi undang-undang. Baginda turut memperoleh suhuf (surah al a'la:19) yang menjadi ikutan Bani Israel. Saya tiada masalah dalam konsep poligami yang mungkin diperkenalkan oleh Nabi Musa pada masa itu dalam Taurat akan tetapi saya memilih untuk berdiam sahaja kerana al quran tidak menjelaskan sedemikian malah mengatakan poligami diamalkan seawal zaman Nabi Ibrahim atau mungkin lebih awal lagi. (Nabi Ibrahim mengahwini Sarah & Hajar) Tiada nas eksplisit dalam Al quran mengatakan poligami di amalkan oleh Nabi Musa dan kaumnya disebabkan Fir'aun membunuh anak lelaki. (dapat dari mana ntah?)

Nota dari Bible:

1) Bible menyebut nama isteri ke 3 Nabi Ibrahim sebagai Keturah. (Genesis 25:1)
2) Nabi Musa dikatakan mempunyai dua orang isteri. Seorang bernama Safura dan seorang lagi tidak disebutkan namanya tapi berbangsa Habsyah. (Exodus 2:21, 18:1-6; Numbers 12:1)
3) St Paul (melantik diri sendiri kononnya Murid ke-13 Nabi Isa) pening & sesuka hati menulis Nabi Ibrahim ada dua orang anak sahaja dari Sarah & Hajar dalam "Ayat Tuhan" New Testament (Galatians 4:22) padahal Old testament (Genesis 25:1) menyebut nama isteri ketiga dengan tambahan jumlah anak seramai 6 orang lagi. 

6. Berkenaan Nabi Isa

"Selepas Nabi Musa as. diutus pula Nabi Isa as. sebagai Rasul seterusnya untuk menyebarkan syari'at dari ALLAH swt. Seperti Nabi Musa as. Nabi Isa as. juga menerima sebuah kitab suci yang dikenali sebagai Kitab Injil. Syari'at Nabi Isa as. mengandungi 10 perjanjian baru yang memansuhkan 10 Hukum syari'at Nabi Musa as."

Rasanya hampir semua kanak2 muslim, yahudi ataupun kristian tahu selepas Nabi Musa ada banyak nabi-nabi dari golongan bani israel dan kaum lain. Bukan seterusnya kepada Nabi Isa. Keterangan syariat Nabi Isa menerusi Injil yang mengandungi "10 perjanjian baru" yang memansuhkan 10 hukum Nabi Musa terang2 berunsurkan israeliyat (sumber yahudi). Alquran tidak pernah menyebut Injil memansuhkan sebarang bilangan nombor perjanjian, malah menjelaskan sejelas2nya Nabi Isa tidak memansuhkan sepenuhnya Mosaic Law (hukum Musa). Alquran juga tidak menggunakan istilah perjanjian lama & baru.

"Dan Allah akan mengajarnya (Nabi Isa) ilmu menulis, dan hukum-hukum aturan agama, dan juga kandungan Kitab-kitab Taurat dan Injil." (ali imran:48)

"Dan Kami utuskan Isa Ibni Maryam mengikuti jejak mereka (Nabi-nabi Bani Israil), untuk membenarkan Kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya; dan Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi, dan membenarkan kitab sebelumnya (Kitab Taurat), serta menjadi petunjuk dan nasihat pengajaran bagi orang yang hendak bertaqwa." (al maidah:46)

"Dan (aku datang kepadamu) mengesahkan kebenaran Kitab Taurat yang diturunkan dahulu daripadaku, dan untuk menghalalkan bagi kamu sebahagian yang telah diharamkan kepada kamu; dan aku datang kepadamu dengan membawa mukjizat dari Tuhanmu. Maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku." (ali imran:50)

Petikan Dari Bible di mana Nabi Isa (Jesus) tidak sesekali menghapuskan hukum Musa:

"Janganlah menganggap bahwa Aku datang untuk menghapuskan hukum Musa dan ajaran nabi-nabi. Aku datang bukan untuk menghapuskannya, tetapi untuk menunjukkan arti yang sesungguhnya. Ingatlah! Selama langit dan bumi masih ada, satu huruf atau titik yang terkecil pun di dalam hukum itu (taurat), tidak akan dihapuskan, kalau semuanya belum terjadi (kiamat)! Oleh karena itu, barangsiapa melanggar salah satu dari perintah-perintah itu, sekalipun yang terkecil, dan mengajar orang lain berbuat begitu juga, akan menjadi yang paling kecil di antara umat Tuhan. Sebaliknya, barangsiapa menjalankan perintah-perintah itu dan mengajar orang lain berbuat begitu juga, akan menjadi besar di antara Tuhan" (Matthew 5:17-19)

Nota:

Antara Rasul-rasul A.S yang bukan berbangsa Israel: (pendapat islam)
1) Nabi Adam (Bani Adam)
2) Nabi Nuh (Kaum Nuh)
3) Nabi Hud (Kaum Aad)
4) Nabi Saleh (Kaum Thamud)
5) Nabi Ibrahim (Kaum Ibrahim)
6) Nabi Lut (Kaum Sodom & Gomorrah)
7) Nabi Ismail (Bani Ismail)
8) Nabi Ayub (Kaum Ayub)
9) Nabi Syuaib (Kaum Midian)
10) Nabi Yunus (Kaum Niniveh)
11) Nabi Zulkifli (kaum Zulkifli)
12) Nabi Muhammad (Seluruh Alam)

7. Masih berkenaan Nabi Isa

"Syari'at Nabi Isa as. tidak membenarkan lelaki beristeri lebih dari satu kerana pada zaman itu wanita sangat sedikit berbanding dengan lelaki."

Israeliyat rocks!! Cayalah!! Hampir semua sumber Cik Yana berkenaan perkara ini datangnya dari sumber Yahudi-Kristian. Anehnya, TIDAK ADA SATU PERKATAAN tentang arahan atau ekspresi "KAHWIN SATU SAHAJA" di dalam Bible dari Kitab Genesis Perjanjian Lama sampaila ke Kitab Wahyu (Revelation) Perjanjian Baru bahkan tiada dijumpai di dalam mana-mana kitab agama lain di dunia kecuali al quran! (quoted from Syeikh Ahmed Deedat & Dr Zakir Naik) Jika al Quran menyebutkan tentang Nabi Isa berbuat begitu, please quote daripada mana surahnya!

Teringin juga nak bertanya Cik Yana ni mana dia dapat sumber ini sampai dia memasukkannya di dalam nota journal 'kuliah agama' beliau. 

Wallahua'lam.

Yang benar itu datang dari Allah, yang buruk itu adalah dari diri saya sendiri. Ilmu Allah yang paling sempurna & maha agung. Dia maha mengetahui segalanya, yang ghaib mahupun yang nyata. Salam.
(Tafsir alquran bersumberkan tafsir Bahasa Malaysia terkini JAKIM)

My Respond To The Writing In some Islamic "Journal" Part 01.

Di bawah ini merupakan salinan teks asal dari Kalam Insani pada Jun. 3rd, 2011 pukul 8:11 PM.

Nabi Yang Diberi Kitab
Adalah wajib beriman kepada semua kitab yang diturunkan ALLAH kepada para Nabi pilihan NYA. Tidak semua Nabi diberi kitab. Ada Nabi diberi sukhuf sahaja. Ada Nabi diberi kitab dan juga sukhuf. Begitu juga tidak semua Nabi yang diberi kitab itu membawa syari'at (undang-undang).

SUKHUF

Sukhuf adalah lembaran-lembaran yang tidak lengkap. Menurut para ulama, terdapat 110 sukhuf yang diturunkan kepada beberapa orang Nabi. Para Nabi yang menerima sukhuf ada 5 orang sahaja.

Nabi-Nabi yang menerima sukhuf.

1) Nabi Adam as. menerima 10 sukhuf.
2) Nabi Idris as. menerima 30 sukhuf.
3) Nabi Shith as. menerima 50 sukhuf. ~ *Nabi Shith adalah cucu Nabi Nuh as.
4) Nabi Ibrahim as. meneriam 10 sukhuf.
5) Nabi Musa as. menerima 10 sukhuf.

KITAB

Wajib beriman kepada 4 buah kitabullah yang utama yang diturunkan kepada 4 orang Nabi pilihan. Tidak semua kitab yang diturunkan kepada para Nabi mengandungi syari'at atau undang-undang. Dan tidak semua Nabi yang diberi kitab akan menjadi Rasul iaitu menyebarkan syari'at.

Bagi umat Nabi Muhammad saw. kita hanya wajib perpegang kepada syari'at Islam yang terkandung di dalam kitab al-Quran. Ini adalah kerana kitab-kitab yang lain yang ada pada hari ini telah diubah suai isi kandungannya oleh tangan manusia.

Nabi-Nabi yang menerima kitab ada 4 :-

1) Nabi Daud as. menerima kitab Zabur.
Kitab Zabur
Kitab Zabur adalah kitab yang diturunkan kepada Nabi Daud as. dalam bahasa Qibti. Kitab Zabur adalah untuk orang-orang Subha. Kitabnya besar tetapi tidak mengandungi sebarang hukum syari'at mengenai kewajipan beribadat mahupun perintah suruh atau larangan. Kitab Zabur hanya mengandungi doa-doa, pujian-pujian serta zikir-zikir kepada ALLAH serta cerita-cerita dari wahyu ALLAH. Maka itu Naib Daud as adalah Rasul yang tidak membawa kepada kaumnya.

2) Nabi Musa as. menerima kitab Taurat.
Kitab Taurat
Diturunkan kepada Nabi Musa as. dalam bahasa Ibrani (Hebrew) untuk kaum Yahudi. Ia mengandungi hukum hakam syari'at dan juga akidah. Syari'at Taurat disebut dengan nama 10 perjanjian.

3) Nabi Isa as. menerima kitab Injil.
Kitab Injil
Diturunkan kepada Nabi Isa as. dalam bahasa Syriani untuk kaum Nasrani (Kristian). Kitab Injil mengandungi syari'at, akidah serta perkhabaran tentang kelahiran Nabi akhir zaman.

4) Nabi Muhammad saw. menerima kitab al-Quran.
Kitab al-Quran
Diturunkan kepada Nabi Muhammad saw. dalam bahasa Arab bagi semua kaum dan bangsa yang ada di atas muka bumi ini termasuk sekelian manusia dan jin. Al-Quran merupakan mukjizat serta penawar kepada manusia dan akan tetap terpelihara oleh ALLAH swt sampai Hari Kiamat. Mengandungi ajaran akidah, syari'at, cerita-cerita serta perkhabaran tentang kedatangan kiamat serta keadaan di Hari Pembalasan. Mudah dibaca dan dihafal walau tidak fasih berbahasa Arab. Bahasa al-Quran adalah bahasa Syurga.

SYARI'AT

Syari'at adalah hukum atau undang-undang ALLAH yang diturunkan kepada Nabi-Nabi pilihan supaya disebarkan dan disampaikan kepada umat. Nabi-Nabi yang menerima syari'at diberi pangkat Rasul. Tetapi tidak semua Nabi yang membawa syari'at diberi kitab dan tidak semua Nabi yang diberi kitab akan membawa syari'at.


Susunan para Nabi dengan sukhuf, kitab dan syari'at.

1) Nabi Adam as.
  • menerima 10 sukhuf
  • tidak diberi kitab
  • membawa syari'at pertama bagi manusia
  • seorang Rasul
2) Nabi Idris as.
  • menerima 30 sukhuf
  • tidak diberi kitab
  • tidak membawa syari'at
  • bukan seorang Rasul
3) Nabi Shith as.
  • menerima 50 sukhuf
  • tidak diberi kitab
  • tidak membawa syari'at
  • bukan seorang Rasul
4) Nabi Nuh as.
  • tidak menerima sukhuf
  • tidak diberi kitab
  • membawa syari'at kedua bagi manusia
  • seorang Rasul
5) Nabi Ibrahim as.
  • menerima 10 sukhuf
  • tidak diberi kitab
  • membawa syari'at
  • seorang Rasul
6) Nabi Daud as.
  • tidak menerima sukhuf
  • diberi kitab Zabur yang mengandungi zikir dan puji-pujian terhadap ALLAH sahaja.
  • tidak membawa syari'at
  • bukan seorang Rasul
7) Nabi Musa as.
  • menerima 10 sukhuf
  • diberi ktab Taurat yang mengandungi hukum hakam bagi kaum Yahudi.
  • membawa syari'at bagi orang Yahudi
  • seorang Rasul
8) Nabi Isa as.
  • tidak menerima sukhuf
  • diberi ktab Injil yang mengandungi hukum hakam bagi kaum Nasrani.
  • membawa syari'at bagi orang Nasrani
  • seorang Rasul
9) Nabi Muhammad saw.
  • tidak menerima sukhuf
  • diberi kitab suci al-Quran yang mengandungi hukum hakam bagi semua umat manusia.
  • membawa syari'at Islam
  • seorang Rasul

SO HERE IS MY RESPOND TEXT TO HER (tak tau kalau she is going to publish my comment in that journal however I post it here too in case dia padam)

Salam.. terpanggil untuk memberi komen. Semoga Allah memberi ganjaran kepada uploader kerana niat berkongsi ilmu. Akan tetapi ada beberapa koreksi yang mungkin boleh dibuat. Wallahua'lam.

1) Nabi Idris adalah rasul.

Nabi Idris tergolong dalam golongan nabi bertaraf rasul cuma cerita lengkap baginda tidak diletakkan secara detail di dalam quran. Kerasulan baginda terbukti dgn nama baginda termasuk dalam senarai 25 orang rasul yg wajib diimani muslimin & baginda diangkat ke martabat yang tinggi pada masa hidupnya (diangkat ke langit sebelum kiamat). tidaklah mungkin bagi seorang nabi mendahului rasul. Allah menyatakan dalam Furqan bahawa sesetengah nabi dilebihkan martabat atas sesetengah yang lain dari segi hikmah, mukjizat, martabat, misi, ilmu dan sebagainya.

2) "Tidak semua kitab yang diturunkan kepada para Nabi mengandungi syari'at atau undang-undang. Dan tidak semua Nabi yang diberi kitab akan menjadi Rasul iaitu menyebarkan syari'at."????

Saya belum pernah mendengar ada Nabi yg bukan rasul menerima kitab. semua Rasul yang menerima kitab wajib menyebarkan syariat, menjatuhkan hukum dan menjadi saksi mata ke atas ummatnya di akhirat! Nabi Musa (taurat) memerintahkan merejam batu kepada penzina sehingga mati, memerintahkan hukuman mati kepada penyembah lembu dari bangsa israel, menghalau samiri (buang negeri) setelah menyesatkan bani israil dgn membuat patung lembu & byk lagi hukuman. Nabi Daud merupakan raja yang kedua bg bani Israel & bertindak sebagai pemerintah & penguasa. Baginda menjadi pemutus kepada hukum yang diwariskan oleh Nabi Musa & menghukum melalui perincian kitab zabur.

"Dan ingatlah hamba Kami Daud yang mempunyai kekuatan; sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhan). Sesungguhnya Kami menundukkan gunung-gunung untuk bertasbih bersama dia (Daud) di waktu pagi dan petang, dan (Kami tundukkan pula) burung-burung dalam keadaan terkumpul. Masing-masing amat taat kepada Allah. Dan Kami kuatkan kerajaannya dan Kami berikan hikmah dan kebijaksanaan dalam menyelesaikan perselisihan." (QS. Shad: 17-20)

"Dan (ingatlah kisah) Daud dan Sulaiman, di waktu keduanya memberikan keputusan mengenai tanaman, kerana tanaman itu dirosaki oleh kambing-kambing kepunyaan kaumnya. Dan adalah Kami menyaksikan keputusan yang diberikan oleh mereka itu, maka Kami telah memberikan pengertian kepada Sulaiman tentang hukum (yang lebih tepat); dan kepada masing-masing mereka telah Kami berikan hikmah dan ilmu. " (al-Anbiya': 78-79)

Nabi Isa A.S juga sebagai seorang rasul yang wajib diimani. Melalui baginda kaum Israel mendapat pendidikan dan hukum yang lebih jelas. Baginda menghalalkan sesetengah perkara yang telah diharamkan Allah kepada kaumya sebelum itu dengan perintah Allah. No doubt, nabi Isa adalah rasul kerana Allah telah memberitahu kita dalam Quran bahawa baginda sebagai penghukum yg melaknat kaumnya yang fasik walaupun dikuatkan dgn banyak mukjizat (ruh ul quds) diperlihatkan sehinggakan dapat mengejutkan org yang telah mati dgn izin Allah:

"Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh."(al-maidah 78)

Nabi Muhammad diberikan Allah Kitab yang paling sempurna Al Furqan. Kita mengenali baginda dengan sirah dakwahnya yang mencabar & semestinya baginda seorang rasul malah seorang rasul penghabisan. Nabi Muhammad diutus kepada kaum yang langsung tiada hukum, kaum penzina barbarian yang mengahwini ibu & menanam anak mereka hidup2.

Soalannya? Ada ke kitab lain selain 4 kitab di atas yang diberikan kepada Nabi yang bukan rasul?? Nabi Musa, Nabi Daud, Nabi Isa & Nabi Muhammad adalah rasul2 pembawa syariat! Tell me siapa yang dapat kitab tapi bukan rasul. Kitab yang mana pula tiada syariat (hukum) di dalamnya??

Kesimpulan: Semua Nabi yang menerima kitab adalah Rasul. Semua kitab yang diturunkan merupakan pembenar kitab2 sebelumnya, mengandungi syariat yang sama but on the different level. Rasul yang diberi kitab diwajibkan membawa kembali ummat yang serong ke jalan yg lurus.  Ada juga Nabi yang tidak diberikan kitab tapi bertaraf Rasul contohnya: Nabi Allah Nuh & Zakariya dibekalkan dgn wahyu secara terus tetapi tidak dibukukan.

Nabi = Manusia terpilih yang tidak diwajibkan ke atasnya untuk berdakwah kecuali kepada tetangganya yang terdekat (keluarga) dan tidak berkuasa untuk menjatuhkan hukuman menurut syariat kepada rakyat.

Rasul = Nabi yang terpilih untuk berdakwah sama ada dengan kitab atau tanpa kitab. ada di antara mereka diperkasakan dengan kelebihan mukjizat dan hikmah serta boleh menjatuhkan hukuman kepada ummat mereka.

Rasul Ulul Azmi = Terkenal dgn kecekalan mereka berdakwah kerana dihimpit oleh dugaan yang sangat besar oleh Allah ke atas mereka.

3. "Kitab Zabur adalah kitab yang diturunkan kepada Nabi Daud as. dalam bahasa Qibti."???

Saya berasa hairan dari mana anda dapat sumber ini. Bahasa Qibti digunakan oleh bangsa Mesir & sgt aneh jika Nabi Daud berdakwah kepada bangsa Israel dalam bahasa tersebut. Bangsa Israel yang diselamatkan Allah melalui Nabi Musa yang memahami dialek tersebut telah mati ketika tersesat selama 40 tahun di Sinai. Nabi Yusya Bin Nun pula adalah generasi kedua exodus yg bertangung jawab membimbing bani israel berperang dengan suku kan'an semasa memasuki palestin. kemudian terjadinya pemerintahan berbentuk kehakiman (Nabi Samuel adalah salah seorang hakim Israel yang besar) Bani israel meminta kepada Nabi Samuel untuk melantik raja dari kalangan mereka.

"Apakah kamu tidak memperhatikan pemuka-pemuka Bani Israil sesudah nabi Musa, yaitu ketika mereka berkata kepada seorang nabi mereka(Nabi Samuel): 'Angkatlah untuk kami seorang raja agar kami berperang (di bawah pimpinannya) dijalan Allah. Nabi mereka menjawab: 'Mungkin sekali jika kamu diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang.' Mereka menjawab: 'Mengapa kami tidak mau berperang di jalan Allah, padahal kami sesungguhnya telah diusir dari kampung halaman kami dan dari anak-anak kami.' Maka tatkala perang itu diwajibkan atas mereka, mereka pun berpaling, kecuali beberapa orang yang saja di antara mereka. Dan Allah Maha Mengetahui orang-orang yang zalim." (al baqarah 246)

Diringkaskan setelah Talut ditabal menjadi raja, Nabi Daud mengambil alih pemerintahan. Kini dah ada beberapa generasi setelah Nabi Musa dan kaumnya tersesat di sinai. Still guna bahasa Qibti lagi?? Sangat pelik jika Nabi Daud menggunakan bahasa asing berdakwah kepada Bani Israel. Lebih logik jika taurat berbahasa Qibti dari Zabur kerana Nabi Musa dilahirkan & dibesarkan di Mesir dalam lingkungan Firaun serta kerabatnya. Taurat tetap berbahasa Ibunda Yahudi. Allah menurunkan nabi yang datang dari kaum yang sama, menggunakan bahasa yang sama dan sudah semestinya kitab tersebut menggunakan bahasa yang sama supaya keterangan Allah jelas kpd mereka!

4. "Kitabnya besar tetapi tidak mengandungi sebarang hukum syari'at mengenai kewajipan beribadat mahupun perintah suruh atau larangan. Kitab Zabur hanya mengandungi doa-doa, pujian-pujian serta zikir-zikir kepada ALLAH serta cerita-cerita dari wahyu ALLAH."???

Saya merasakan tanggapan di atas telah dijana dari unsur israeliyat. Zabur dalam Bible disebut psalm tetapi ia bukan Zabur! Psalm mmg sarat dgn lagu2 perang serta zikir doa. (diselewengkan) Saya tidak percaya Allah menurunkan Zabur Nabi Daud semata2 untuk mengajar bani Israel terlaknat untuk berzikir. bagaimana nk berzikir jika mereka kufur ingkar?? Pernah ke tengok Zabur? Besar?? Show me.

Just baca tafsir al quran ini:
"Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh."(al-maidah 78)

Tidaklah layak bagi seorang Rasul memperkatakan sesuatu menurut hawa nafsunya melainkan itu adalah apa yang telah diwahyukan Allah kepadanya. Jika Nabi Daud mencela bani Israel, itu adalah celaan dari Allah melalui wahyu yang DIPERINTAHKAN menerusi lidah suci baginda!

Kerajaan tidak boleh ditegakkan tanpa hukum & undang2. Hikmah & kebijaksanaan yang dibekalkan Allah berupa perintah & ikutan. sampai satu tahap di mana Nabi Daud mencela kaum Israel yang ingkar dan menyeleweng hukum asal taurat. Allah menurunkan Zabur sebagai saksi isi taurat yang diselewengkan. (mengandungi syariat Musa) dan diperjelaskan pd tahap yang lebih tinggi menerusi perintah amalan solat, zakat, puasa, doa dan zikir2 termasuk penceritaan kehancuran kaum2 yang lalu.

"~Dan Kami kuatkan kerajaannya dan Kami berikan hikmah dan kebijaksanaan dalam menyelesaikan perselisihan." (QS. Shad: 17-20)

5. "(Injil) Diturunkan kepada Nabi Isa as. dalam bahasa Syriani untuk kaum Nasrani (Kristian). Kitab Injil mengandungi syari'at, akidah serta perkhabaran tentang kelahiran Nabi akhir zaman."???

Ini pun satu hal. Nabi Isa berbahasa Syria?? Aduh!

Nabi Isa diakui menggunakan bahasa Ibrani atau bahasa aramaik oleh pengkaji sejarah/teologi moden islam & kristian. Isi kandungan "injil" pula diterjemahkan ke dalam bahasa greek. Bila pula Nabi Isa bercakap Syria?? Nabi Isa diturunkan kepada kaum Yahudi keseluruhannya bukan kepada Nasrani sahaja. Nasrani adalah panggilan suku kaum Yahudi yang berasal dari Nazareth. Misi Nabi Isa menyeluruh kepada kaum Yahudi yang membawa berita baik (Gospel) kedatangan Rasul penghabisan. Word Nasrani yang digunakan Allah di dalam Al Quran banyak ditafsirkan oleh pentafsir Quran sebagai golongan Yahudi sesat yang menyembah Nabi Isa & Ibunya.

Kesimpulan: Syariat Islam tetap sama dari zaman Nabi Allah Adam sampai hari kiamat akan tetapi syariat tersebut dipertingkatkan dan diperintahkan dalam tahap yang berbeza kepada kaum yang berbeza. Allah menekankan penggunaan istilah agama tauhid Ibrahim (monotheism) sebagai jawapan kepada pertelingkahan Yahudi, Kristian dan Islam. Ini bermakna syariat yang dibawa Nabi Ibrahim adalah islam. Nabi Musa membawa syariat "baru" kepada bangsa Israel kerana mereka telah lama ditinggalkan oleh Nabi Yusuf. Syariat diteruskan oleh Nabi Daud yg mengingatkan mereka dengan ibadat solat (zuhud) serta hukum yang diperbaharui. Nabi Isa datang menyucikan mereka dengan Injil yang menjelaskan penyimpangan mereka di samping menghalalkan beberapa perkara diharamkan lalu menyampaikan khabar gembira kedatangan Ahmad.(Saidina Muhammad S.A.W) Nabi Muhammad adalah seperti Nabi Musa yang menyampaikan syariat "baru" kepada bangsa arab kerana mereka sememangnya tidak mempunyai pegangan hukum lansung. Wallahua'lam.

Yang benar itu datang dari Allah, yang buruk itu adalah dari diri saya sendiri. Ilmu Allah yang paling sempurna & maha agung. Dia maha mengetahui segalanya. Salam.

100 Personaliti Yang Terhebat Dalam Sejarah Manusia Sehingga Kini

Cover 1992 - Mula diterbikan pada 1978
 Image Credit: Google Images

Sama ada anda tahu atau tidak, sama ada anda tahu dan menafikannya, ianya telah tercatat dalam sebuah buku "The 100 Most Influential Person in History" oleh Michael H. Hart.

Buku ini menjelaskan peribadi-peribadi yang terhebat sejak zaman Nabi Adam A.S sehingga kini yang dipilih oleh penulis berdasarkan fakta sejarah yang dapat disahkan. Penulis berkemungkinan besar merupakan seorang pemikir Kristian yang boleh jadi bias menurut pandangan peribadi beliau sendiri. Akan tetapi untuk menempatkan seseorang yang boleh dikatakan 'seteru' agama Kristian dan Yahudi di tangga pertama memerlukan penjelasan yang hebat dan keberanian melangkau sempadan. Sikap yang ditonjolkan oleh Hart adalah sangat akademik dan dihargai oleh umat Islam walaupun tidak diminta atau dipaksa berbuat sedemikian.

Boleh jadi Hart keluar membuat provokasi dengan menulis sesuatu yang anti-klimaks kepada kepercayaan umum Kristian bahawa Jesus Christ (Isa Al-Masih) semestinya berada di tangga yang pertama dalam bukunya sebagai gimik pemasaran. Akan tetapi fakta yang diberikan beliau mengapa Jesus tidak berada di tempat tersebut sangat munasabah dan membuka mata banyak pihak yang membenci dan memusuhi Islam dengan melabel penganutnya Mohammedan yang menganut agama Mohamadenism.

Pertama kali mendengar tentang buku ini menerusi ceramah oleh Allahyarham Syeikh Ahmed Deedat yang merujuk kepada beberapa cendikiawan yang bukan beragama Islam membela keperibadian dan sifat terpuji Nabi Muhammad S.A.W.

Siapa Pelopor Sebenar Agama Kristian?

 

Buku ini menjelaskan bahawa walaupun pada masa ianya ditulis dalam tahun 1978, terdapat lebih 200 juta penganut Kristian di dunia berbanding 1000 juta orang Muslim. Hart berpendapat bahawa orang yang bertanggungjawab mengembangkan Kristian harus dibahagikan kepada Paul (Saul) dan Jesus (Nabi Isa A.S) dan sebenarnya Paul lebih layak mendapat pengiktirafan itu. Rasional yang diberikan Hart adalah, Jesus cuma seorang peribadi pusat dalam Kristian akan tetapi Paul lah orang yang menyebarkan Kristian kepada selain Yahudi dan keluar dari Palestin sehingga sampai ke Rom. Paul yang berasal dari Tarsus yang menuntut dirinya diterima sebagai murid yang ke-13 Jesus (menggantikan Judas Iscariot) menulis lebih 14 kitab daripada total 27 Kitab Perjanjian Baru. Beliau menyebarkan Kristian menerusi tulisannya sendiri yang dimuatkan dalam Bible serta dianggap wahyu tuhan. Paul menulis untuk meminta sokongan Rom dan Yahudi bagi perjuangan sesatnya:

"If Christ be not risen from the dead, then our preaching is vain, and your faith is also vain."
(1 Corinthians 15:14)


Dalam erti kata lain, jika Nabi Isa tidak dibangkitkan dari mati, kepercayaan Kristian TIDAK AKAN BERGUNA LAGI!

Manusia yang Paling Agung Dalam Sejarah Manusia

 

Sambil merenung ayat Al Quran daripada surah Insyirah ayat 4 yang berbunyi:

"Dan Kami telah meninggikan bagimu (Muhammad) sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)"


Sungguh benar apa yang difirmankan Allah S.W.T yang telah menjamin ketinggian darjat Rasulullah di dalam kitab Al Quran dan perkara ini terbukti apabila baginda menerima sanjungan yang datang daripada musuh-musuh Islam sejak dahulu hingga kini. Tiada manusia seagung Junjungan Besar Nabi penghabisan kita Saidina Muhammad S.A.W. Apa yang lebih menarik, pujian itu datang dari orang kafir yang tidak mempercayai kebenaran Islam.

Carta Manusia Teragung Pilihan Michael H. Hart

 

Sama nasibnya seperti Bible, buku tulisan Hart turut diedit (1992) berdasarkan respon negatif pembacanya yang majoriti dari golongan Kristian. Walaupun kini Paul telah ditolak ke tangga 6 (versi terdahulu lebih baik dari Jesus), nama Paul tetap menjadi pilihan.

1) Nabi Muhammad S.A.W

2) Isaac Newton
3) Nabi Isa A.S (Jesus Christ)
4) Buddha
5) Confucius
6) Paul Tarsus
7) Cai Lun
8) Johannes Gutenberg
9) Christopher Columbus
10) Albert Einstein
15) Nabi Musa A.S (Moses)

Marilah kita Bulldoze maklumat ini kepada semua muslimin agar jangan malu, segan atau takut untuk mengagungkan junjungan kita SECARA TERBUKA kerana Allah tidak segan untuk berbuat sedemikian dalam Al Quran.

Sumber dan bacaan lanjut:
* The 100 Most Influential Person in History - Michael H. Hart
* The Choice - Ahmed Deedat

The Opening Bulldoze

As Salamu Alaykum and Hello!


Are you ready?
*image credit: Google Images

Blog ini didedikasikan kepada semua pembaca untuk meneroka ilmu dan pengalaman.

Blog ini pada dasarnya difikirkan sebagai medium untuk saling bertukar-tukar maklumat agar pintu-pintu ilmu & pengalaman yang tersembunyi dapat diratakan sama sekali! Sesungguhnya ilmu itu datangnya dari Yang Maha Mencipta. Adalah tidak patut sebahagian daripada ilmu-ilmu itu disembunyikan. Justeru, anda dijemput untuk meneruskan pembacaan. Syabas diucapkan kerana berfikiran terbuka dan berkongsi manfaat daripada penulisan ini.


Saya tidaklah begitu pandai menggunakan pena atau tetikus untuk menulis dan menggarap perkataan menjadi susunan ayat madah pujangga. Namun, saya bermotivasi untuk berkongsi ilmu & pengalaman hidup saya yang tidaklah seberapa ini tetapi mungkin bermanfaat kepada pembaca. Blog ini akan disusun secara teratur dan sistematik mengikut tajuk yang pelbagai. Saya berterima kasih kepada para blogger dan pembaca yang terlibat yang memotivasikan diri ini untuk turut menyumbangkan sesuatu buat semua.

To me, anda adalah seorang rakan karib! My best friend. Kita hanya akan berkongsi sesuatu rahsia atau berita terpenting kepada orang-orang tertentu sahaja dalam hidup ini. Betol tak?

Sedikit maklumat tentang latar belakang saya. Saya merupakan seorang pendidik di sebuah universiti awam yang memiliki Ijazah Sarjana Muda, (Bachelor Degree), Sarjana (Masters Degree) dan sedang mengikuti pengajian di peringkat PhD dalam jurusan New Media. Saya mempunyai pengalaman mengajar di beberapa buat institusi pendidikan tinggi awam dan swasta dalam negara selama beberapa tahun dan diselangi keterlibatan saya sebagai perekabentuk di syarikat-syarikat media periklanan sebelum itu.

Kehidupan saya sebagai pendidik diteruskan ke peringkat yang lebih jauh. Selama hampir 3 tahun saya berkelana di negara asia tengah, ditugaskan untuk mendidik saudara seislam kita dengan bidang yang saya ikuti di tahap Ijazah Sarjana Muda. Kini saya kembali bertugas di Malaysia dan masih menjadi seorang pensyarah di universiti, sebagai perunding rekaan dan jurulatih seni beladiri Jepun, Karate.

Endless Journey
*image credit: Personal Collection

Banyak ilmu pengetahuan, ragam manusia, susah senang yang ditempuh, keanehan, pedoman serta iktibar disepanjang perjalanan saya setakat ini. Insya'Allah sekiranya diizinkan, coretan yang bakal diterbitkan bakal menyingkap isi-isi yang mungkin ramai yang tidak mengetahuinya seperti beberapa disiplin ilmu yang saya sempat pelajari secara formal dan tidak formal. Saya meminati sukan lasak seperti sukan motosikal berkuasa tinggi, seni mempertahankan diri Budo serta Karate. Meminati filem-filem era klasik melayu dan Jepun. Saya boleh berbahasa Inggeris (Pengantara mengajar), Jepun (Minat) & Arab (untuk survive di negara pak arab) dan agak nakal semasa kecil. :o)

Nothing to hide
*image credit: Google Images

Ok, cukuplah serba sedikit info mengenai saya setakat ini. Kita akan kembali dengan artikel yang melenyek dan meratakan semua jalan ilmu yang terselindung.

I am so glad to introduce the Bulldoze the Hidden Way Blog!! Our blog.


Stay tuned!