Sunday, 31 March 2013

100 Personaliti Yang Terhebat Dalam Sejarah Manusia Sehingga Kini

Cover 1992 - Mula diterbikan pada 1978
 Image Credit: Google Images

Sama ada anda tahu atau tidak, sama ada anda tahu dan menafikannya, ianya telah tercatat dalam sebuah buku "The 100 Most Influential Person in History" oleh Michael H. Hart.

Buku ini menjelaskan peribadi-peribadi yang terhebat sejak zaman Nabi Adam A.S sehingga kini yang dipilih oleh penulis berdasarkan fakta sejarah yang dapat disahkan. Penulis berkemungkinan besar merupakan seorang pemikir Kristian yang boleh jadi bias menurut pandangan peribadi beliau sendiri. Akan tetapi untuk menempatkan seseorang yang boleh dikatakan 'seteru' agama Kristian dan Yahudi di tangga pertama memerlukan penjelasan yang hebat dan keberanian melangkau sempadan. Sikap yang ditonjolkan oleh Hart adalah sangat akademik dan dihargai oleh umat Islam walaupun tidak diminta atau dipaksa berbuat sedemikian.

Boleh jadi Hart keluar membuat provokasi dengan menulis sesuatu yang anti-klimaks kepada kepercayaan umum Kristian bahawa Jesus Christ (Isa Al-Masih) semestinya berada di tangga yang pertama dalam bukunya sebagai gimik pemasaran. Akan tetapi fakta yang diberikan beliau mengapa Jesus tidak berada di tempat tersebut sangat munasabah dan membuka mata banyak pihak yang membenci dan memusuhi Islam dengan melabel penganutnya Mohammedan yang menganut agama Mohamadenism.

Pertama kali mendengar tentang buku ini menerusi ceramah oleh Allahyarham Syeikh Ahmed Deedat yang merujuk kepada beberapa cendikiawan yang bukan beragama Islam membela keperibadian dan sifat terpuji Nabi Muhammad S.A.W.

Siapa Pelopor Sebenar Agama Kristian?

 

Buku ini menjelaskan bahawa walaupun pada masa ianya ditulis dalam tahun 1978, terdapat lebih 200 juta penganut Kristian di dunia berbanding 1000 juta orang Muslim. Hart berpendapat bahawa orang yang bertanggungjawab mengembangkan Kristian harus dibahagikan kepada Paul (Saul) dan Jesus (Nabi Isa A.S) dan sebenarnya Paul lebih layak mendapat pengiktirafan itu. Rasional yang diberikan Hart adalah, Jesus cuma seorang peribadi pusat dalam Kristian akan tetapi Paul lah orang yang menyebarkan Kristian kepada selain Yahudi dan keluar dari Palestin sehingga sampai ke Rom. Paul yang berasal dari Tarsus yang menuntut dirinya diterima sebagai murid yang ke-13 Jesus (menggantikan Judas Iscariot) menulis lebih 14 kitab daripada total 27 Kitab Perjanjian Baru. Beliau menyebarkan Kristian menerusi tulisannya sendiri yang dimuatkan dalam Bible serta dianggap wahyu tuhan. Paul menulis untuk meminta sokongan Rom dan Yahudi bagi perjuangan sesatnya:

"If Christ be not risen from the dead, then our preaching is vain, and your faith is also vain."
(1 Corinthians 15:14)


Dalam erti kata lain, jika Nabi Isa tidak dibangkitkan dari mati, kepercayaan Kristian TIDAK AKAN BERGUNA LAGI!

Manusia yang Paling Agung Dalam Sejarah Manusia

 

Sambil merenung ayat Al Quran daripada surah Insyirah ayat 4 yang berbunyi:

"Dan Kami telah meninggikan bagimu (Muhammad) sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)"


Sungguh benar apa yang difirmankan Allah S.W.T yang telah menjamin ketinggian darjat Rasulullah di dalam kitab Al Quran dan perkara ini terbukti apabila baginda menerima sanjungan yang datang daripada musuh-musuh Islam sejak dahulu hingga kini. Tiada manusia seagung Junjungan Besar Nabi penghabisan kita Saidina Muhammad S.A.W. Apa yang lebih menarik, pujian itu datang dari orang kafir yang tidak mempercayai kebenaran Islam.

Carta Manusia Teragung Pilihan Michael H. Hart

 

Sama nasibnya seperti Bible, buku tulisan Hart turut diedit (1992) berdasarkan respon negatif pembacanya yang majoriti dari golongan Kristian. Walaupun kini Paul telah ditolak ke tangga 6 (versi terdahulu lebih baik dari Jesus), nama Paul tetap menjadi pilihan.

1) Nabi Muhammad S.A.W

2) Isaac Newton
3) Nabi Isa A.S (Jesus Christ)
4) Buddha
5) Confucius
6) Paul Tarsus
7) Cai Lun
8) Johannes Gutenberg
9) Christopher Columbus
10) Albert Einstein
15) Nabi Musa A.S (Moses)

Marilah kita Bulldoze maklumat ini kepada semua muslimin agar jangan malu, segan atau takut untuk mengagungkan junjungan kita SECARA TERBUKA kerana Allah tidak segan untuk berbuat sedemikian dalam Al Quran.

Sumber dan bacaan lanjut:
* The 100 Most Influential Person in History - Michael H. Hart
* The Choice - Ahmed Deedat

No comments:

Post a Comment