Full text from Cik Yana Kalam Insani
Nabi Yang Membawa Syari'at
Syari'at adalah undang-undang atau hukum ALLAH yang wajib disebarkan kepada umat. Para Nabi yang diberi tugas menyebarkan syari'at diberi darjat Rasul. Tetapi tidak semua Rasul yang membawa syari'at itu menerima kitab suci. Syari'at Rasul yang terdahulu akan lumput apabila diutus seorang Rasul yang baru dengan syari'at yang baru juga. Kecuali syari'at Nabi Muhammad saw. yang kekal hingga ke hari kiamat kerana tiada lagi Nabi diutus selepas baginda.
Rasul yang membawa syari'at ada 6 orang:-
1) Nabi Adam as.
Nabi Adam as. adalah manusia pertama yang dicipta ALLAH. Sebelum Nabi Adam diturunkan ke muka bumi ini, tiada satu pun undang-undang atau hukum di atas muka bumi kerana belum ada manusia. Nabi Adam as tidak menerima kitab sebagai panduan. Tetapi segala hukum yang dilaksanakan beliau adalah dengan wahyu ALLAH semata-mata. Syari'at yang dibawa oleh Nabi Adam as. hanyalah sesuai bagi kaumnya ketika itu. Ia sudah tidak boleh digunakan lagi pada hari ini.
Syariat Nabi Adam as.
Rasul yang kedua diutus membawa syari'at selepas Nabi Adam as. adalah Nabi Nuh as. Beliau adalah bapa kedua umat manusia. Nabi Nuh as. diutus untuk menyebar syari'at yang baru maka dengan itu mansuhlah syari'at Nabi Adam as. Semua manusia diwajibkan mengikuti syari'at Nabi Nuh as. sehinggalah datang seorang Rasul yang baru dengan syari'at yang baru pula.
3 Nabi Ibrahim as
Nabi Ibrahim as. adalah seorang Rasul yang syari'atnya menjadi asas kepada Nabi-Nabi selepas beliau termasuklah Nabi Muhammad saw. Syari'at Nabi Ibrahim as.termasuklah ibadah Haji yang menjadi rukun Islam yang kelima. Walau pun begitu, Nabi Ibrahim as berserta Nabi Adam as dan Nabi Nuh as tidak menerima kitab suci sebagai sandaran syari'at yang dibawa. Dari keturunan Nabi Ibrabim as. inilah lahirnya Rasul-Rasul yang membawa syari'at seterusnya.
4) Nabi Musa as.
Nabi Musa as. adalah Rasul yang diutus untuk menyelamatkan kaum Bani Israel dari kekejaman Firaun. Nabi Musa as. diberi kitab suci yang bernama Kitab Taurat. Syari'at Nabi Musa as. dikenali sebagai 10 Hukum. Kaum Nabi Musa as. dikehendaki membunuh diri mereka sendiri sebagai tanda bertaubat dari dosa mereka.
Syari'at Nabi Musa as. juga membolehkan lelaki berkahwin dengan seberapa ramai wanita yang disukai. Ini kerana pada zaman itu wanita lebih ramai dari lelaki kerana anak-anak lelaki kaum Bani Isreal telah dibunuh oleh Fir'un.
5) Nabi Isa as.
Selepas Nabi Musa as. diutus pula Nabi Isa as. sebagai Rasul seterusnya untuk menyebarkan syari'at dari ALLAH swt. Seperti Nabi Musa as. Nabi Isa as. juga menerima sebuah kitab suci yang dikenali sebagai Kitab Injil. Syari'at Nabi Isa as. mengandungi 10 perjanjian baru yang memansuhkan 10 Hukum syari'at Nabi Musa as.
Syari'at Nabi Isa as. tidak membenarkan lelaki beristeri lebih dari satu kerana pada zaman itu wanita sangat sedikit berbanding dengan lelaki.
6) Nabi Muhammad saw.
Nabi Muhammad saw. adalah Nabi dan Rasul terakhir diutus untuk manusia dan keseluruh alam ini. Tiada lagi Nabi dan Rasul selepas baginda. Maka syari'at Nabi Muhammad saw. akan kekal sehingga kiamat.
Nabi Muhammad saw. diberi sebuah kitab suci yang bernama al-Quran. Syari'at yang terkandung di dalam kitab suci ini tidak akan berubah sehingga hari kiamat. Itu adalah janji ALLAH swt. Ianya sesuai untuk semua masa, waktu dan zaman. Semua hukum adalah tetap dan kekal. Walaupun begitu umat Nabi Muhammad saw. tetap diberi kelonggaran bagi melaksanakan hukum ALLAH swt dalam keadaan tertentu.
Syari'at Nabi Muhammad membolehkan lelaki beristeri tidak lebih dari 4 namun lebih digalakkan beristeri satu sahaja kerana susah berlaku adik yang menjadi syarat yang ketat dan susah dilaksanakan.
KINDLY READ. THIS IS MY RESPOND TO HER
Salam. Saya sekali lagi terpanggil untuk membuat respon ini. Teks berikut mungkin boleh menjadi panduan kepada diri saya sendiri dan kepada mereka yang berusaha untuk mendalami perihal anbiya secara textual research dari sumber al quran. Saya memohon agar pembaca berfikiran terbuka kepada respon ini kerana ianya tidak bertujuan mencari kesalahan di dalam tulisan Cik Yana. Akan tetapi, ianya lebih kepada cadangan dan pembetulan beberapa isi yang diutarakan bagi mengelakkan kekeliruan. Terima kasih atas pembacaan anda.
1. "Para Nabi yang diberi tugas menyebarkan syari'at diberi darjat Rasul."
Dalam teks beliau sebelum ini (sila rujuk tulisan Cik Yana bertajuk "Nabi yang diberi kitab") Cik Yana mengatakan secara eksplisit:
"Tidak semua kitab yang diturunkan kepada para Nabi mengandungi syari'at atau undang-undang. Dan tidak semua Nabi yang diberi kitab akan menjadi Rasul iaitu menyebarkan syari'at."
Sangat kontradiksi! Beliau tidak konsisten dalam isi yang mungkin mengelirukan sesetengah pembaca apatah lagi pembaca yang mungkin tidak mendalami sejarah anbiya. Soalan saya: Nabi yang diberi kitab itu rasul atau tidak? Kerana fakta beliau telah terpusing dalam tulisan berbeza. Kini beliau mengatakan Nabi yang menyebarkan syariat adalah rasul padahal sebelumnya dia tidak mengakuinya.
(sila rujuk respon saya ke atas topik ini sebelum ini)
2. Syariat Nabi Adam as.
"Syari'at yang dibawa oleh Nabi Adam as. hanyalah sesuai bagi kaumnya ketika itu."
"Ia sudah tidak boleh digunakan lagi pada hari ini."
Dari satu segi, saya bersetuju dengan keterangan Cik Yana & ingin menambah bahawa Syariat Nabi Allah Adam bukan sahaja berkenaan bab perkahwinan sahaja dan bukan semua syariat fundamental (asas hukum & taqwa) baginda terluput! Wahyu yang diterima baginda merupakan pendidikan dari Allah secara terus tentang tatacara hidup di muka bumi semenjak dari syurga lagi. Allah menceritakan di dalam alquran:
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya: Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa mensucikan-Mu? Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: Terangkanlah kepada-Ku nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar. Malaikat itu menjawab: Maha Suci Engkau Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (al baqarah 30-32)
Setelah Nabi Adam dan Hawa diturunkan ke bumi, Allah meneruskan pendidikan kepada hambaNya dalam bentuk wahyu dan memberikan beberapa suhuf (skrol/gulungan) bagi mengajari manusia terawal untuk beribadat kepada Allah. Ibadah Qurban DIPERINTAHKAN Allah kepada keluarga Nabi Adam untuk menyucikan jiwa & mewujudkan rasa bersyukur. Ia terus menjadi ritual yang kita warisi sejak itu (ibadah yang tidak luput dan masih relevan sehingga kini tidak seperti andaian Cik Yana) dan diceritakan di dalam surah al maidah:
"Dan bacakanlah kepada mereka kisah dua orang anak Adam dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban. Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Haabiil), dan tidak diterima dari yang lain (Qaabiil). Berkata (Qaabiil): Sesungguhnya aku akan membunuhmu! Haabiil menjawab: Hanyasanya Allah menerima korban dari orang yang bertakwa." (al maidah:27)
Bagaimana Habil boleh mengetahui bahawa konsep membunuh jiwa adalah satu dosa, & balasannya adalah neraka, lalu menemplak abangnya Qabil sekiranya perkara ini tidak diterangkan di dalam syariat Adam??"Demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang Mentadbirkan sekalian alam.
Sesungguhnya aku mahu supaya engkau kembali dengan (membawa) dosaku dan dosamu sendiri. Maka dengan itu menjadilah engkau dari ahli neraka, dan itulah dia balasan orang yang zalim. (al maidah:28-29)
Dalil syariat Adam terluput dan tidak digunakan lagi setelah kedatangan rasul yang baru dijawab oleh Allah sendiri dalam ayat seterusnya dengan mulut Nabi Musa di gurun sinai kepada Bani Israel selepas beribu-ribu tahun kewafatan Nabi Adam:
"Dengan sebab yang demikian itu Kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan, atau melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga kehidupan manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga kehidupan manusia semuanya. Dan sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul Kami dengan membawa keterangan yang nyata; kemudian sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, menjadi orang yang melampaui batas di muka bumi. (al maidah:32)
Syariat yang sama wajib dipikul oleh Bani Israel dengan perantaraan Nabi-nabi secara terus-menerus (tidak terluput) sampai ke zaman Saidina Muhammad dan masih relevan!
3. Berkenaan Nabi Nuh
"Nabi Nuh as Rasul yang kedua diutus membawa syari'at selepas Nabi Adam as. adalah Nabi Nuh as. Beliau adalah bapa kedua umat manusia. Nabi Nuh as. diutus untuk menyebar syari'at yang baru maka dengan itu mansuhlah syari'at Nabi Adam as. Semua manusia diwajibkan mengikuti syari'at Nabi Nuh as. sehinggalah datang seorang Rasul yang baru dengan syari'at yang baru pula."
Bukan semua syariat dimansuhkan. Perkataan yang sesuai adalah syariat Adam yang diperbaharui atau dipertingkatkan. Sila rujuk keterangan saya sebelum ini.
4. Berkenaan Nabi Ibrahim
"Nabi Ibrahim as. adalah seorang Rasul yang syari'atnya menjadi asas kepada Nabi-Nabi selepas beliau~"
Benar, Nabi Ibrahim meneruskan proses mentauhidkan manusia dan baginda juga menerima suhuf untuk tujuan itu. Sila rujuk ayat terakhir surah (al a'la:19). Baginda diperintahkan membuat kurban dan ianya menjadi warisan serta perayaan (Eid ul adha) bagi kita ummat Muhammad. Di sini Cik Yana sendiri yang mengakui syariat Ibrahim menjadi asas kepada nabi lain dan tidak terluput.
5. Berkenaan Nabi Musa
"Ini kerana pada zaman itu wanita lebih ramai dari lelaki kerana anak-anak lelaki kaum Bani Isreal telah dibunuh oleh Fir'un."
Baginda sangat terkenal di kalangan orang Yahudi, Kristian dan Islam dalam menekankan syariat. Taurat dipanggil Torah תּוֹרָה dalam bahasa Yahudi yang bermaksud pengajaran yang mengandungi undang-undang. Baginda turut memperoleh suhuf (surah al a'la:19) yang menjadi ikutan Bani Israel. Saya tiada masalah dalam konsep poligami yang mungkin diperkenalkan oleh Nabi Musa pada masa itu dalam Taurat akan tetapi saya memilih untuk berdiam sahaja kerana al quran tidak menjelaskan sedemikian malah mengatakan poligami diamalkan seawal zaman Nabi Ibrahim atau mungkin lebih awal lagi. (Nabi Ibrahim mengahwini Sarah & Hajar) Tiada nas eksplisit dalam Al quran mengatakan poligami di amalkan oleh Nabi Musa dan kaumnya disebabkan Fir'aun membunuh anak lelaki. (dapat dari mana ntah?)
Nota dari Bible:
1) Bible menyebut nama isteri ke 3 Nabi Ibrahim sebagai Keturah. (Genesis 25:1)
2) Nabi Musa dikatakan mempunyai dua orang isteri. Seorang bernama Safura dan seorang lagi tidak disebutkan namanya tapi berbangsa Habsyah. (Exodus 2:21, 18:1-6; Numbers 12:1)
3) St Paul (melantik diri sendiri kononnya Murid ke-13 Nabi Isa) pening & sesuka hati menulis Nabi Ibrahim ada dua orang anak sahaja dari Sarah & Hajar dalam "Ayat Tuhan" New Testament (Galatians 4:22) padahal Old testament (Genesis 25:1) menyebut nama isteri ketiga dengan tambahan jumlah anak seramai 6 orang lagi.
6. Berkenaan Nabi Isa
"Selepas Nabi Musa as. diutus pula Nabi Isa as. sebagai Rasul seterusnya untuk menyebarkan syari'at dari ALLAH swt. Seperti Nabi Musa as. Nabi Isa as. juga menerima sebuah kitab suci yang dikenali sebagai Kitab Injil. Syari'at Nabi Isa as. mengandungi 10 perjanjian baru yang memansuhkan 10 Hukum syari'at Nabi Musa as."
Rasanya hampir semua kanak2 muslim, yahudi ataupun kristian tahu selepas Nabi Musa ada banyak nabi-nabi dari golongan bani israel dan kaum lain. Bukan seterusnya kepada Nabi Isa. Keterangan syariat Nabi Isa menerusi Injil yang mengandungi "10 perjanjian baru" yang memansuhkan 10 hukum Nabi Musa terang2 berunsurkan israeliyat (sumber yahudi). Alquran tidak pernah menyebut Injil memansuhkan sebarang bilangan nombor perjanjian, malah menjelaskan sejelas2nya Nabi Isa tidak memansuhkan sepenuhnya Mosaic Law (hukum Musa). Alquran juga tidak menggunakan istilah perjanjian lama & baru.
"Dan Allah akan mengajarnya (Nabi Isa) ilmu menulis, dan hukum-hukum aturan agama, dan juga kandungan Kitab-kitab Taurat dan Injil." (ali imran:48)
"Dan Kami utuskan Isa Ibni Maryam mengikuti jejak mereka (Nabi-nabi Bani Israil), untuk membenarkan Kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya; dan Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi, dan membenarkan kitab sebelumnya (Kitab Taurat), serta menjadi petunjuk dan nasihat pengajaran bagi orang yang hendak bertaqwa." (al maidah:46)
"Dan (aku datang kepadamu) mengesahkan kebenaran Kitab Taurat yang diturunkan dahulu daripadaku, dan untuk menghalalkan bagi kamu sebahagian yang telah diharamkan kepada kamu; dan aku datang kepadamu dengan membawa mukjizat dari Tuhanmu. Maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku." (ali imran:50)
Petikan Dari Bible di mana Nabi Isa (Jesus) tidak sesekali menghapuskan hukum Musa:
"Janganlah menganggap bahwa Aku datang untuk menghapuskan hukum Musa dan ajaran nabi-nabi. Aku datang bukan untuk menghapuskannya, tetapi untuk menunjukkan arti yang sesungguhnya. Ingatlah! Selama langit dan bumi masih ada, satu huruf atau titik yang terkecil pun di dalam hukum itu (taurat), tidak akan dihapuskan, kalau semuanya belum terjadi (kiamat)! Oleh karena itu, barangsiapa melanggar salah satu dari perintah-perintah itu, sekalipun yang terkecil, dan mengajar orang lain berbuat begitu juga, akan menjadi yang paling kecil di antara umat Tuhan. Sebaliknya, barangsiapa menjalankan perintah-perintah itu dan mengajar orang lain berbuat begitu juga, akan menjadi besar di antara Tuhan" (Matthew 5:17-19)
Nota:
Antara Rasul-rasul A.S yang bukan berbangsa Israel: (pendapat islam)
1) Nabi Adam (Bani Adam)
2) Nabi Nuh (Kaum Nuh)
3) Nabi Hud (Kaum Aad)
4) Nabi Saleh (Kaum Thamud)
5) Nabi Ibrahim (Kaum Ibrahim)
6) Nabi Lut (Kaum Sodom & Gomorrah)
7) Nabi Ismail (Bani Ismail)
8) Nabi Ayub (Kaum Ayub)
9) Nabi Syuaib (Kaum Midian)
10) Nabi Yunus (Kaum Niniveh)
11) Nabi Zulkifli (kaum Zulkifli)
12) Nabi Muhammad (Seluruh Alam)
7. Masih berkenaan Nabi Isa
"Syari'at Nabi Isa as. tidak membenarkan lelaki beristeri lebih dari satu kerana pada zaman itu wanita sangat sedikit berbanding dengan lelaki."
Israeliyat rocks!! Cayalah!! Hampir semua sumber Cik Yana berkenaan perkara ini datangnya dari sumber Yahudi-Kristian. Anehnya, TIDAK ADA SATU PERKATAAN tentang arahan atau ekspresi "KAHWIN SATU SAHAJA" di dalam Bible dari Kitab Genesis Perjanjian Lama sampaila ke Kitab Wahyu (Revelation) Perjanjian Baru bahkan tiada dijumpai di dalam mana-mana kitab agama lain di dunia kecuali al quran! (quoted from Syeikh Ahmed Deedat & Dr Zakir Naik) Jika al Quran menyebutkan tentang Nabi Isa berbuat begitu, please quote daripada mana surahnya!
Teringin juga nak bertanya Cik Yana ni mana dia dapat sumber ini sampai dia memasukkannya di dalam nota journal 'kuliah agama' beliau.
Wallahua'lam.
Yang benar itu datang dari Allah, yang buruk itu adalah dari diri saya sendiri. Ilmu Allah yang paling sempurna & maha agung. Dia maha mengetahui segalanya, yang ghaib mahupun yang nyata. Salam.
(Tafsir alquran bersumberkan tafsir Bahasa Malaysia terkini JAKIM)
Nabi Yang Membawa Syari'at
- May. 1st, 2011 at 5:34 PM

- Dibolehkan bernikah antara adik beradik lelaki dengan adik beradik perempuan. Pada zaman itu belum ada manusia lain yang dicipta. Maka Siti Hawa sentiasa melahir anak-anak kembar lelaki dan perempuan sepasang. Maka kembar lelaki sulung dikahwinkan dengan dengan kembar perempuan yang lahir kemudian. Tidak dibolehkan kembar lelaki berkahwing dengan kembar perempunnya sendiri.
- Semua manusia dan para Nabi yang lahir selepas Nabi Adam as. wajib mengikut syari'at Nabi Adam ini sehinggalah diutus seorang Rasul baru yang membawa syari'at yang baru juga. Dengan itu syari'at Nabi Adam as. lumput dan mansuh dan tidak digunakan lagi.

ReplyDelete(adik?sepatutnya ayat adil kot?)
Poligami sebenarnya penyelamat kepada kaum wanita. Kahwin satu hanya menyelesaikan masalah seorang wanita sahaja. Bagaimana dengan masalah lebihan kaum wanita di dunia kini? Mereka juga memerlukan suami. Inilah masalah yang berlaku dan makin teruk di negara barat dan Malaysia tidak ketinggalan. Al Quran memberikan penyelesaiannya (yang tidak diberikan oleh mana2 kitab agama di dunia)
ReplyDeleteSyeikh Ahmed Deedat menyatakan dalam ceramahnya di USA, statistik penduduk di Amerika mempunyai lebihan kaum wanita seramai 7.8 JUTA orang. Sekiranya semua lelaki Amerika berkahwin, terdapat 7,800 000 wanita yang tidak akan mendapat suami.
Masalah itu bertambah berat apabila 98% penghuni penjara adalah LELAKI dan 25 juta lelaki di Amerika adalah homoseksual - GAY!!
Insya'allah saya akan menulis tentang ini dgn lanjut.