As Salamu Alaykum and Hello!
Are you ready? |
*image credit: Google Images
Blog ini didedikasikan kepada semua pembaca untuk meneroka ilmu dan pengalaman.
Blog ini pada dasarnya difikirkan sebagai medium untuk saling bertukar-tukar maklumat agar pintu-pintu ilmu & pengalaman yang tersembunyi dapat diratakan sama sekali! Sesungguhnya ilmu itu datangnya dari Yang Maha Mencipta. Adalah tidak patut sebahagian daripada ilmu-ilmu itu disembunyikan. Justeru, anda dijemput untuk meneruskan pembacaan. Syabas diucapkan kerana berfikiran terbuka dan berkongsi manfaat daripada penulisan ini.
Saya tidaklah begitu pandai menggunakan pena atau tetikus untuk menulis dan menggarap perkataan menjadi susunan ayat madah pujangga. Namun, saya bermotivasi untuk berkongsi ilmu & pengalaman hidup saya yang tidaklah seberapa ini tetapi mungkin bermanfaat kepada pembaca. Blog ini akan disusun secara teratur dan sistematik mengikut tajuk yang pelbagai. Saya berterima kasih kepada para blogger dan pembaca yang terlibat yang memotivasikan diri ini untuk turut menyumbangkan sesuatu buat semua.
To me, anda adalah seorang rakan karib! My best friend. Kita hanya akan berkongsi sesuatu rahsia atau berita terpenting kepada orang-orang tertentu sahaja dalam hidup ini. Betol tak?
Sedikit maklumat tentang latar belakang saya. Saya merupakan seorang pendidik di sebuah universiti awam yang memiliki Ijazah Sarjana Muda, (Bachelor Degree), Sarjana (Masters Degree) dan sedang mengikuti pengajian di peringkat PhD dalam jurusan New Media. Saya mempunyai pengalaman mengajar di beberapa buat institusi pendidikan tinggi awam dan swasta dalam negara selama beberapa tahun dan diselangi keterlibatan saya sebagai perekabentuk di syarikat-syarikat media periklanan sebelum itu.
Kehidupan saya sebagai pendidik diteruskan ke peringkat yang lebih jauh. Selama hampir 3 tahun saya berkelana di negara asia tengah, ditugaskan untuk mendidik saudara seislam kita dengan bidang yang saya ikuti di tahap Ijazah Sarjana Muda. Kini saya kembali bertugas di Malaysia dan masih menjadi seorang pensyarah di universiti, sebagai perunding rekaan dan jurulatih seni beladiri Jepun, Karate.
Endless Journey |
*image credit: Personal Collection
Banyak ilmu pengetahuan, ragam manusia, susah senang yang ditempuh, keanehan, pedoman serta iktibar disepanjang perjalanan saya setakat ini. Insya'Allah sekiranya diizinkan, coretan yang bakal diterbitkan bakal menyingkap isi-isi yang mungkin ramai yang tidak mengetahuinya seperti beberapa disiplin ilmu yang saya sempat pelajari secara formal dan tidak formal. Saya meminati sukan lasak seperti sukan motosikal berkuasa tinggi, seni mempertahankan diri Budo serta Karate. Meminati filem-filem era klasik melayu dan Jepun. Saya boleh berbahasa Inggeris (Pengantara mengajar), Jepun (Minat) & Arab (untuk survive di negara pak arab) dan agak nakal semasa kecil. :o)
Nothing to hide |
*image credit: Google Images
I am so glad to introduce the Bulldoze the Hidden Way Blog!! Our blog.
Stay tuned!
salam...
ReplyDeletejom sama2 meratakan yg tak rata..perjalanan masih jauh..
wslm.. mari2 ratakan apa yang masih belum rata!
ReplyDelete