Latihan Karate Di Depan Istana Shuri, Okinawa |
image credit: Google images
Salam semua..
Hye, berjumpa lagi kita. Hari ini boleh dikatakan mood menulis saya lebih ke arah menjelaskan asal-usul seni tempur KARATE DO seawal mungkin sebelum ianya digabung di kepulauan Ryukyu (nama asal Okinawa) lagi, Insya'Allah.
Saya akan sebaik mungkin menyajikan isi kandungan yang terbaik bagi informasi kita bersama. Fakta ini diambil dari pengalaman sendiri menceburi beladiri ini setelah 20 tahun. Banyak juga transmisi daripada guru-guru dan rakan-rakan yang pernah mengajar saya secara formal dan tidak formal termasuk:
Shitoryu Line
Allahyarham Grandmaster Shihan Sheikh Naser Anuar 8th DanMalaysian Shitoryu Association (MASK) (Grandmaster)
Shihan George Tan 7th Dan
Traditional Shito-Kai Karate Association
Hayashi-Ha Shitoryukai Karate Line
Shihan T. Ponniah 7th Dan (Grandmaster)
Sensei P. Arivalagan
Sensei P. Thennenvan
Sensei P. Thiagu
Shotokan Line
Shihan Ridzuan Zain 5th Dan (Grandmaster)
Shotoshinkai Karate Do Malaysia (SKA)
Sensei Chepto Sumadi 3rd Dan
Shotokan International Karate Do Federation (SKIF)
Sensei Isa 2nd Dan
Royal Malaysia Police Karate (Kanazawa Shotokan)
Shorin Ryu Line
Senpai Hassan Ahamat
Malaysian Shorinryu Seibukan Karate (MSSKA)
Wado Ryu Line
Sensei Thamimul Ansari 2nd Dan
Saya juga masih merasakan dahaga kepada maklumat-maklumat yang masih saya perlukan. Saya juga banyak membaca buku-buku seni beladiri ini dan saya akui terdapat beberapa "khilaf" di antara ramai pengamal karate di seluruh dunia.
Bahan-bahan bacaan yang diambil dari authority karate:
Karatedo Kyohan, The Master Text
Tulisan Gichin Funakoshi (Pengasas Karate Shotokan)
Shitoryu Karate Do Traditional Art of Self Defense
Tulisan Shihan George Tan
Essential Karate
Tulisan Masutatsu Oyama (Pengasas Kyokushinkai Karate)
The Complete Kumite Fighting Technique
Tulisan Hirokazu Kanazawa (Pengasas Shotokan International Karate Federation)
Tulisan pada bahagian yang pertama ini akan mengupas sejarah Karatedo sebelum ianya bertapak di bumi Okinawa lagi dan akan saya teruskan tulisan pada bahagian-bahagian yang lain di masa yang akan datang. Saya akan cuba memperterjemahkan beberapa terminologi bahasa jepun yang digunakan dengan sebaik mungkin. Jom kita mula BULLDOZE apa itu karate dan sejak bila ianya bermula! (Bukan dari alien k. hihi)
Asal-usul Seni Tempur Karate Do
Terlalu ramai pakar-pakar sejarah dan pengamal seni beladiri Karate, Kungfu, Wushu dan banyak lagi seni yang datang dari arah timur dunia bersetuju bahawa negara China merupakan tempat permulaan kepada banyak jenis teknologi termasuk PERTEMPURAN & STRATEGI. China merupakan sebuah negara superpower sejak sekian lama dan terlibat dalam banyak peperangan seawal tahun 420 Dinasti Liu Song lagi.
Lebih awal dari itu, seorang pendeta Zen yang dikenali sebagai Boddhidharma ataupun Daruma telah mengembara ke China dari India untuk menyampaikan ajaran kepercayaannya (Buddha). Jika direnungkan, perjalanan itu sangatlah jauh memandangkan beliau dipercayai hanya berjalan kaki dan memakan makanan dari sumber liar (tumbuhan). Sudahlah jauh, dalam perjalanan beliau terpaksa mengharungi dahsyatnya topografi, hidupan liar mahupun gangguan daripada penjahat.
Boddhidharma |
image credit: Google images
Di kuil Shaolin, Boddhidharma mengasaskan Shaolinquan iaitu Kungfu Shaolin bagi mengatasi masalah pengikutnya yang selalu tertidur semasa aktiviti ceramah spritual. Shaolinquan merupakan aktiviti fizikal yang dibangunkan oleh Boddhidharma sesuai untuk menguatkan badan dan minda agar pengikutnya akan dapat menghayati ajarannya dengan lebih baik. Pengikutnya sangat berterima kasih kerana dengan adanya ilmu baru ini, mereka dapat menjalankan aktiviti 'dakwah' tanpa perlu risau akan penjahat yang selalu mengganggu mereka.
Kuil Shaolin |
image credit: Google images
Pendeta Shaolin berlatih Shaolinquan |
image credit: Google images
Nama dan kaedah berlawan 'Karate' diambil dari istilah KARA atau China (Dinasti Tang). 'TE' membawa maksud 'tangan'. Dengan sekali baca, maksud karate adalah 'Tangan China'. Setelah beberapa ketika seni Karate diperkenalkan di Jepun, Gichin Funakoshi membuat sedikit perubahan maknanya tanpa menjejaskan maksud karate dengan menukarkannya kepada Tangan Kosong. (mengubah tulisan kanji)
Dahulu Okinawa merupakan sebahagian daripada Negara Ryukyu yang terdiri dari banyak kepulauan terletak di antara China dan Jepun. Masyarakat Ryukyu menggunakan bahasa dan nama China.
Selepas era Taisho, pemerintah China (Dinasti Qing) juga menjalinkan hubungan yang baik dengan negara ini dengan menghantar pegawai utusan mereka untuk menetap di Okinawa. Dikatakan mereka membawa lebih 20 keluarga dan tinggal terus di sana. Salah seorang utusan China yang terkenal dalam dunia Karate ialah Kwang Shang Fu atau Kushanku yang pakar dalam Kungfu Quan Fa (White Crane Kungfu). Kushanku tinggal di kampung Kanemura yang terletak berhampiran bandar Naha dan meninggal pada 1762.
Terdapat 3 wilayah yang terkenal di Okinawa iaitu Shuri, Naha dan Tomari. Di sinilah tempat kelahiran Karate iaitu seni tempur tangan kosong yang diadun dengan pengaruh Shorinji Kempo (kungfu Shaolin) dan seni penduduk tempatan. Wilayah Shuri terkenal dengan latihan yang mengutamakan teknik-teknik yang kuat manakala wilayah Naha sering menjadikan amalan pernafasan dan kelincahan di dalam teknik mereka.
Teknik Yokogeri / Tendangan Sisi |
image credit: Google images
Latihan Karate pada waktu itu adalah segala-galanya bagi mereka. Latihan dibuat dalam keadaan yang sangat serius dan mengutamakan fokus serta komitmen yang tidak boleh berbelah bagi. Di anggap sebagai seni rahsia yang hanya diajar kepada orang-orang yang tertentu sahaja daripada golongan bangsawan. Tiada latihan sekiranya tingkap tidak ditutup rapat! Begitu rahsia!
Kata-kata hikmah dari Shotokan Karate:
"Anda sentiasa boleh memulakan jalan yang baru tanpa mengira umur, dan hati anda yang menentukan kebahagiaan anda sendiri"
"Masa muda adalah masa yang terbaik untuk menguatkan kaki anda."
(Gichin Funakoshi)
"Jadilah harmoni dengan diri sendiri dan orang lain. Apabila berlatih kumite, kita seharusnya mengkoordinasi pergerakan kita dengan lawan. Kita berlatih cara 'membaca' fikiran lawan dan dari sanalah kita belajar menghormati lawan."
No comments:
Post a Comment