Tuesday 2 April 2013

12 'Petua' Naik Pangkat Dengan Supercepat & 'Bulldoze' Semua Orang 'SuperJahat'!

::AMARAN::
Sila baca artikel ini sehingga tamat untuk mendapatkan kesan yang cukup mujarab macam ma'ajun supaya anda tidak tersesat!


Kali ni kita nak bagi bonus kepada pembaca yang bekerja beberapa tips hebat!

Kebanyakan manusia ingin dikenali, berkuasa ke atas sesuatu jawatan-jawatan atau pegangan-pegangan tertentu. Dengan pangkat yang tinggi, kuasa menjadi tinggi, gaji pun meningkat, pendapatan bertambah-tambah, harta pon membukit. Boleh buat pelbagai perkara yang dihajati sejak sekian lama tapi mungkin terhalang.

"Petua' ini sebenarnya untuk kegunaan mereka-mereka yang ingin naik pangkat secara ekspress secara jahat, janji berjaya!

Tikam belakang bukan perkara biasa
Image credit: Google Images


Teknik 1: Tumbuk yang Bawah, Tendang yang Atas

Siku semua!
Image credit: Google Images


Halang pekerja bawahan untuk 'tunjuk belang' naik pangkat walaupun mereka memang layak & jadikan pegawai atasan anda bersara dengan apa-apa jalan sekalipun. Anda memang terror jika dapat buat mereka terus dipecat kerana fitnah anda. TERBAIK!

Teknik 2: Halal itu Halal, Haram itu Halal

Siap ada logo lagi
Image credit: Google Images


Jadi baik lambat kaya. Orang tidak pandang. Buat apa jadi baik jika banyak yang kita tak dapat? Orang yang kaya tak boleh 'alim' sangat!


Teknik 3: Pendidikan Aura Jarak Jauh

Ramai yang pakar
Image credit: Google Images


Buat PhD dalam seni 'komunikasi' bodek-membodek, fitnah-memfitnah, umpat-mengumpat dan lain-lain skill yang anda lebih pakar!


Teknik 4: Hitam Itu Menawan

Voodoo-kan je semua orang
Image credit: Google Images

Black Magic memang boleh 'menawan' jawatan idaman anda. Apa lagi, gi jumpa bomoh-bomoh santet, santau atau mandrem yang diiktiraf ISO Jin supaya menyihir orang-orang yang menjadi penghalang!


Teknik 5: Transformers

Optimus Botak Gendut


Image credit: Google Images


If you can't beat them, join them! Join kroni mereka sekiranya mereka agak 'kebal' & sekiranya berpeluang, musnahkan dari dalam atau enjoy jela pakatan kronisme tu.


Teknik 6: Casino Royale

Who's who?
Image credit: Google Images

Hiburkan boss atau klien anda dengan segala bentuk hiburan terbaik abad anda termasuk arak, dadah, perempuan simpanan, pelacur, GRO dan apa-apa yang anda memang mahir. Digunakan untuk menyertai pakatan tersebut dengan kepercayaan atau membawa masuk bisnes. (menaikkan nama anda)

Teknik 7: Tendangan Padu Maut

Kamen Saman
Image credit: Google Images

Sekiranya pemilik syarikat atau pemegang saham terbesar adalah mak janda atau duda buaya, tunggu apa lagi?? Pergilah hiaskan diri mandi bunga segala. Ini peluang terbaik even untuk tendang CEO pun!

Teknik 8: Airbender
Butt Bending
Image credit: Google Images


Ubah personaliti anda secara tiba-tiba sekiranya terdengar berita boss anda ingin berpindah atau bersara dengan menjadi insan paling baik di dunia walaupun semua orang kenal anda paling hampeh.

Teknik 9: Chocolate Factory

Tukarkan modal insan kepada memodalkan insan! Rasuah sesiapa yang dikira penting dalam struktur syarikat bagi memastikan perjalanan licin mencapai objektif anda!

Teknik 10: Spartan Glory

This is top speed!!!
Image credit: Google Images

Simple....No mercy!

Teknik 11: Sadiq Segaraga

Penasehat 25%
Image credit: Google Images

Jangan benarkan orang lain mengatasi anda walaupun mereka terlatih ilmu 'komunikasi' sama seperti PhD anda tadi - Hasad dengki pun macam anda.

Teknik 12: 4 Biji Sehari, Sekali Selepas Makan

Teknik masih tidak berjaya?? Jangan risau. Ulangi semua kaedah di atas dengan meningkatkan kuasa kekejaman anda sekerap mungkin. Boleh dibuat sebelum atau selepas makan.

NOTA PENTING!!!

Kepada orang-orang Islam yang mengaku beriman kepada Allah & hari akhirat, jauhilah perkara-perkara ini mudah-mudahan balasan syurga yang kekal menjadi milik anda. Rezeki ada di mana-mana bukan bererti mendapatkannya pon boleh dengan apa-apa cara.

Rezeki orang-orang yang beriman datang dari Allah dari arah yang tidak disangka-sangka dan dengan kadar yang tidak terduga (rahmat melimpah) Mungkin orang-orang yang naik pangkat di dunia dengan melakukan perkara-perkara dari 'petua' tadi kelihatan 'berjaya' di mata manusia tetapi mereka telah menjual bahagian mereka di akhirat.

Beruntunglah orang-orang:

1) Orang atasan yang sering memandang pekerja bawahan dengan pandangan hormat serta kasih sayang seperti saudara sendiri kerana mereka akan membalas dengan kasih yang sama beserta kesungguhan bekerja yang tidak berbelah bagi.

2) Bos-bos yang tidak mempunyai perasaan hasad dengki, bias, kronisme dalam memberikan apa-apa kenaikan (gaji atau pangkat) kepada pekerja mengikut standard pejabat dan bukannya ikut standard sendiri.

Kepada orang-orang yang beriman yang percaya bahawa mereka akan mati dan akan menemui tuhan mereka, takut untuk membuat kemurkaan Allah, nescaya Allah akan menambah & melipatgandakan ganjaran pahala serta rezeki, menyucikan hati & harta anda tanpa perlu heran kepada 'petua' tadi.

Naik pangkat atas usaha yang baik bukan usaha songsang keh!

Sekian petua!

No comments:

Post a Comment