Wednesday 3 April 2013

Oniyuri - Pedang Ninja yang Asli dari Aliran Togakure Ryu Ninpo

Salam semua & Hello!

Ninja & Geisha - Printmaking
Image Credit: Google Images

Artikel kali ini mengenai persenjataan peperangan luar konvensional yang digunakan oleh komando feudal Jepun yang kini kita kenali sebagai Ninja. Panggilan Ninja sebenarnya sangat asing kepada Ninja itu sendiri kerana ianya adalah perkataan yang baru direka beberapa ratus tahun selepas kewujudan mereka. Sebelum itu mereka dikenali sebagai Yamabushi, Shinobu atau Shinobi no mono. Mereka bergerak secara berkumpulan ataupun mengikut puak yang berkhidmat kepada Daimyo masing-masing.

 
Oniyuri Ninja Ken
 Image Credit: Google Images

 
Saya ingin sekali menegaskan bahawa Ninja bukanlah superhuman dan mereka tidaklah menggunakan senjata konvensional seperti padang samurai biasa seperti yang digunakan oleh Samurai (Daisho) bagi menjalankan misi. Hollywood dan pengusaha filem yang kebanyakannya bermula dari awal tahun 60an tidak begitu mengenali siapa sebenarnya pahlawan bayang yang menjadi lagenda dalam sejarah negara Jepun dan mereka cerita yang jauh dari realiti sebenar termasuklah fungsi ninja dan peralatan-peralatan mereka.

Pedang 'Samurai' terbahagi kepada 3 kelas utama iaitu Ken, Katana dan Tachi. Kelas perbezaan ini terjadi mengikut era pemerintahan di Jepun. Asal pedang adalah sangat besar dan panjang yang menggunakan besi berdasarkan rekaan pedang Dinasti China. Kemudian pedang Jepun melalui evolusi pembuatan dengan campuran keluli dan saiznya pula bertambah pendek tetapi tajam. Kemudian pedang direka melengkung berdasarkan seni menghayun pedang agar dapat membuat potongan yang efektif dan cepat. Perbezaan di antara ketiga-tiga kelas ini meliputi:

1) Panjang pedang
2) Jenis Tsuba
3) Lengkungan bilah pedang
4) Material Besi yang digunakan
5) Seni menggunakannya (Koryu Bikenjutsu/Koryu Iaijutsu)


Aliran Togakure Ryu Ninpo adalah salah satu dari 9 sekolah kombat Taijutsu yang berasal dari wilayah pergunungan Iga yang kini bernama wilayah Ueno. Diasaskan oleh Daisuke Nishina Togakure pada 1162, mereka sangat pakar dalam pertempuran luar konvensional seperti perisikan dan pengumpulan maklumat serta melakukan sabotaj ke atas musuh. Mereka memerlukan persenjataan yang boleh digunakan secara efektif tanpa dikesan dan mudah dibawa ke kawasan objektif tanpa dikesan.

Ninja dan Pemain musik Koto
Image Credit: Google Images

Oniyuri bermaksud Demon Lily ataupun Teratai Syaitan. Pedang ini adalah pedang autentik kegunaan Ninja dari puak Togakure yang masih boleh dijumpai sehingga hari ini. Pedang ini dalam koleksi simpanan Grandmaster Masaaki Hatsumi, Mahaguru Taijutsu yang masih hidup dan yang terakhir.

Perhatikan panjang bilah Oniyuri
Image Credit: Google Images


Oniyuri tergolong dalam kelas pedang jenis Tachi kerana lengkungan bilah yang tidak begitu melengkung dan agak lurus. Mudah untuk dihunuskan dengan cepat. Jika diperhatikan, mata bilah pedang adalah pendek dan hulu pedang adalah sama panjang seperti pedang-pedang 'standard' samurai. Ninja perlu menyelinap masuk ke kubu musuh dan menyamar. Mereka harus membawa 'kelengkapan' tambahan untuk misi-misi tertentu. Jadi, pedang yang pendek digunakan untuk mengaburi mata pengawal kerana mereka akan menggunakan sarung pedang yang panjang untuk menyimpan kelengkapan khas ataupun dokumen rahsia.

Versi Oniyuri dan sarung sama panjang
 Image Credit: Google Images

Pedang yang pendek ini juga sangat berguna untuk mengelirukan Samurai dalam pertarungan kerana kebiasaannya Samurai akan tertipu dengan jarak serangan pedang ini. Ninja boleh menghunus dalam jarak dekat melangkaui jangkaan samurai. Pedang ini juga sangat sesuai bukan sahaja untuk menetak dan menikam, tetapi untuk mengunci musuh menggunkan teknik Torite.

Masaaki Hatsumi melakukan Yokoaruki
Image Credit: Bujinkan


Ninja berperisai perang mengelak serangan samurai - Teknik Nagare

Image Credit: Bujinkan


Ninja memerlukan sejenis teknik tempur yang sangat mengelirukan dan sangat mudah dilaksanakan. Dan mereka telah memilikinya! Seni tersebut dinamakan Taijutsu atau seni pergerakan badan yang sangat natural kepada pengamalnya. (Seni ini akan dikupas pada artikel yang akan datang.)

Kekuatan tetakan mata pedang Oniyuri pada kayu yang kukuh
Image Credit: Google Images

Taijutsu memungkinkan ninja merekacipta evolusi & inovasi dalam peralatan ketenteraan mereka. Pedang Oniyuri adalah bukti fizikal sentuhan Taijutsu kepada rekaan ergonomik pedang yang sangat natural kepada penggunanya sehinggakan boleh memutuskan kepala manusia hanya dengan satu tetakan yang menggunakan sebelah tangan!


Tetakan yang pastinya boleh memenggal kepada musuh dengan mudah
Image Credit: Google Images


Rahsia seorang Daimyo menawan Jepun bernama Tokugawa Ieyasu menggunakan seorang Jeneral yang mempunyai latar belakang seni Taijutsu. Hattori Hanzo dari Iga bertanggung jawab ke atas taktikal ketenteraan yang berjaya menabalkan Tokugawa sebagai pemerintah mutlak Jepun, Shogun!

Saya mempelawa para pembaca untuk mempelajari teknik autentik Ninja yang dikenali sebagai Taijutsu kerana ianya telah diuji beratus-ratus tahun di dalam perang feudal Jepun. Sudah semestinya ia sangat efektif. Saya telah mengujinya sendiri. Walaupun setelah 20 tahun terlibat dalam Seni Karatedo, saya seperti baru terjaga dari tidur apabila mempelajari Taijutsu!! Sangat efektif dan sangat mudah dipelajari oleh sesiapapun. Dalamilah rahsianya. Untuk keterangan lanjut, boleh menghubungi saya.


No comments:

Post a Comment